Assalamualaikum dan hai, saya Zaki 😊

Hari ni saya nak kongsikan kepada anda rahsia bagaimana saya berjaya membuat jualan RM17K seminggu dengan mudah menggunakan Facebook Ads.

Jadi jika anda nak tahu macam mana nak buat, saya sarankan anda untuk baca artikel ini sampai habis.

Sebab, artikel ini agak panjang dan apa yang saya kongsikan ini ialah berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Jika anda takde masa 7 minit untuk baca keseluruhan artikel ini, anda boleh share blog ini untuk rujukan anda nanti.

Saya harap, perkongsian ini dapat dijadikan motivasi dan jalan keluar untuk anda pula. Insha Allah.

Jadi, sebelum saya share topik ini lebih mendalam.

Saya nak anda faham terlebih dahulu bahawa artikel ini BUKAN bercerita tentang CPE 0.0001.

Boleh? Ok teruskan.

.. back to our topic

Dalam Fb Ads, semuanya berkaitan dengan "Angka", dan disini saya akan tunjukkan jumlah jualan saya beberapa minggu lepas.


Facebook Canvas Result

Dekat bawah ni pula ialan kos iklan yang saya laburkan untuk menjana jualan sebanyak tu

Facebook Canvas Ads

Dengan kos iklan sebanyak RM1,547 saya mampu mendapatkan jualan sebanyak RM17,145.

Alhamdulillah 😇

Tapi, sebelum saya dapat result seperti ini, saya mempunyai masalah yang mungkin sama seperti yang anda lalui sekarang ni. 

Kos iklan mahal gila, dah lah mahal, susah pulak tu nak close sale. Buat-buat iklan je rugi sampai tak balik modal.

Ada satu masa tu, kos untuk dapatkan satu lead komen prospek yang berminat mencecah RM10+, bahkan ada satu hari cecah RM20++

FB Ads Mahal

Stress?

Mestila saya stress, sebab kos untuk dapatkan satu komen prospek (lead) terlalu mahal sedangkan untung tiap jualan produk sangat kecik.

Tambah lagi kalau yang prospek komen berminat tu tak berjaya nak di Close, apa tak bertambah stress jadinya haha 😂

Tipu laa kan kalau tak stress, apatah lagi saya ni 100% bergantung hidup dekat bisnes je.

Ringgit

Jadi, ini detail produk yang saya jual beberapa minggu lalu

  • Harga : RM135/unit
  • Komisen : RM50/unit
  • Kos Iklan Fb Ads : RM1,546.78
  • Total Sales : RM17,145 (127 unit)
  • Total Komisen : RM6,350 (RM50 x 127 unit)

Profit : RM6,350 - RM1,546.78 = RM4,803.22 (Profit Bersih)

Kabar menariknya, vendor memberikan bonus tambahan sebanyak RM3,000 disebabkan saya mampu menjual lebih dari 100 unit dalam tempoh tu.

Jadi, sekarang total profit saya ialah : RM4,803.22 + RM3,000 = RM7,803.22 (Profitable).

Ok lah kan?

Sebenarnya, saya tak keluarkan kos iklan pun, sebab bonus yang saya dapat tu boleh cover kos iklan yang saya buat, ada baki pulak tu lagi.

Alhamdulillah.

Oh ya, mesti anda perasankan kenapa nilai sales dekat dashboard ads manager saya hanya tercatat RM14,461.76 je, sedangkan dekat dashboard website onpay ada RM17,145. Hehe

Saya akan jelaskan benda ni dekat bahagian bawah artikel ni bagaimana saya UP kan sales sebanyak RM3K dari RM14K menjadi RM17K.

.. sila teruskan bacaan

Jadi, apa yang saya buat? senang je.

Sekarang cuba anda perhatikan gambar dekat bawah ni.

Kolam Audience Facebook Ads

Sebagai contoh bila saya tengah buat iklan dengan targeting interest Sifufbads untuk audience Malaysia yang berumur 25-45 tahun.

Dalam petak biru tu, ialah jumlah audience "Potencial Reach" yang kita selalu setting dekat bahagian Adset.

Maksudnya, petak biru tu ialah jumlah audience yang berpeluang akan nampak iklan saya. (Ingat, berpeluang ni boleh nampak dan boleh juga tak nampak)

Sedangkan bulatan kuning, putih dan merah ialah audience yang di kumpulkan oleh Facebook mengikut jenis objective iklan yang kita pilih.

Sekarang saya nak tanya anda,,

Adakah 960,000 audience tu mempunyai behaviors yang sama antara satu sama yang lain?

Tentu lah tak sama kan.

Jadi, dari 960,000 potencial reach ni, Facebook akan kategorikan lagi mengikut behaviors setiap audience.

Facebook tahu audience mana yang suka like, komen dan share, jadi orang ni akan di masukkan kedalam kolam audience bulatan kuning (Engaged)

Orang yang suka klik website, baca blog dan artikel, dan klik link iklan, jadi orang ni akan diletakkan di dalam kolam audience bulatan putih (Clickers)

Sedangkan orang-orang yang suka submit email untuk download ebook, register webinar, dan pernah membeli menerusi iklan di Facebook dan terekod di dalam pixel tracking. Maka orang-orang macam ni masuk kedalam kolam audience bulatan merah (Conversion)

Jadi, Fb dah kumpulkan siap-siap audience ni berdasarkan aktiviti dan track record mereka di Facebook.

Kolam Audience Fb Ads

Nah, yang menjadi punca iklan menjadi mahal dan sukar nak buat jualan ialah disebabkan FB dah macam pasar malam

Sebab, terlalu ramai pengiklan seperti saya, anda dan ribuan pengiklan lainnya hanya fokus dekat satu objective campaign FB Ads,

.. iaitu "Page Post Engagement" (PPE)

So, anda boleh bayangkan apa yang terjadi bila terlalu banyak iklan di paparkan ke audience di bulatan kuning tu?

Sesak? High Competition?

Of course lah kan.

Pengguna FB Ads bak cendawan tumbuh selepas hujan, Banyak sangat

Sebab tu kos iklan menjadi meningkat disebabkan FB harus mengagihkan terlalu banyak iklan kedalam audience yang dah sesak dan kecil.

Akhirnya, Fb hanya akan tayangkan iklan anda jika anda mampu spend duit iklan lebih banyak dan bid lebih tinggi berbanding dengan pengiklan yang lain.

Kalau anda spend kecik, anda akan kalah dengan jerung-jerung yang spend ribu-riban setiap hari dekat iklan Fb Ads ni.

"High Bid Win"

Frequency Fb Ads

Kalau anda perasan lah kan, mungkin benda ni pernah terjadi dekat anda.

Bila kita buat iklan, sebagai contoh saya tengah buat iklan page post engagement dan dalam tu ada potencial reach sebanyak 960.000

Selang beberapa minggu, frequency iklan saya dah cecah nilai 2 hingga 5, sedangkan total reach iklan baru 30,000 audience.

Maknanya, Fb dah paparkan iklan yang sama kepada 30,000 audience tadi sebanyak 2-5 kali untuk setiap audience. 

Kenapa FB tak tayangkan ke audience yang lainnya? masih ada baki 930,000 audience lagi yang belum nampak iklan yang saya jalankan.

Kenapa mesti memaparkan iklan kepada 30,000 audience tadi berulang-ulang kali sehingga menyebabkan frequency iklan tinggi.

Bila frequency iklan tinggi, maka kos iklan automatic akan mahal, sebab audience dah muak tengok iklan yang sama berkali-kali.

.. make a sense kan?

Ini yang membuat saya tertanya-tanya masa tu.

Sehingga lah saya faham tentang konsep dari kolam audience tadi.

Kolam Audience

Ternyata, dari jumlah 960,000 potencial reach, hanya ada 30,000 audience sahaja yang terkumpul sebagai audience yang suka engagement (kolam kuning)

Mungkin, baki 930,000 audience lagi adalah audience untuk kolam CLICKERS (putih), CONVERSION (merah) dan jenis-jenis audience lainnya.

Jadi sebab tu, FB memaparkan iklan kepada audience yang berada dalam kolam kuning berulang-ulang kali.

Kerana objective iklan saya ialah "Page post engagement" maka iklan ni khas untuk audience yang suka engagement sahaja (kolam kuning)

Setakat ni faham?

Okay good, kita teruskan

Jadi, apa yang patut kita buat sekarang?

Blue Ocean Strategy

Apa nak buat lagi kalau tak pindah dan teroka audience di kolam lain.

Disebabkan terlalu tinggi persaingan di kolam engagement, maka saya pindah ke kolam clickers dan conversion.

Tapi, ada masalah lain pulak.

Untuk membuat iklan Traffic/Click (kolam putih) dan Web Conversion (kolam merah) harus mempunyai website dan pasang pixel tracking.

"Lepas tu, kalau saya takde Website macam mana Zaki?"

Anda tak perlu risau, sebab yang best nya, Facebook telah memperkenalkan jenis post (ads creative) yang baru disebut Facebook Canvas.

Facebook Canvas

Sebenarnya, bukan lah baru sangat, FB Canvas ni dah diperkenalkan sejak 2016 lagi.

Cuma disebabkan ramai orang tak sedar kewujudan iklan jenis ni dan tak ramai yang guna, jadi Fb Canvas ni masih di anggap baru.

Kelebihan dari Fb Canvas ni pula ialah, anda boleh buat iklan objective traffic dan web conversion.

Maknanya, anda boleh buat iklan dikolam baru yang belum pernah anda terokai sebelum ni.

Disebabkan saya menggunakan iklan Traffic + Web Conversion + Fb Canvas ni laa saya dapat menghasilkan leads yang relative murah dan mendatangkan jualan yang profitable.

Jadi, Fb Canvas ni ialah sejenis post yang mana bila anda klik je iklan tu, laju semacam jee hampir takde loading.

Lepas tu anda akan di paparkan dengan paparan fullscreen experience yang sangat cantik, persis seperti landing page.

Anda seperti di bawa ke suatu laman lain yang memaparkan kesemua iklan tu, tapi sebenarnya anda masih lagi berada dalam persekitaran Facebook.

Anda boleh tengok contoh video Facebook Canvas dari Walmart dekat bawah ni.

Sangat menarik kan? Saya je jatuh cinta pada pandangan pertama bila tahu tentang FB Canvas ni. hehe 😍

Ada 4 kelebihan FB Canvas ni yang saya rasakan selepas menggunakannya.

  1. Laju, Fast Loading dan Resnponsive. Serius, 1x tap je, anda dah boleh nampak kesemua paparan iklan dalam Facebook Canvas.

    Jadi, Prospek tak perlu menunggu terlalu lama untuk tengok kesemua produk yang anda jual dalam iklan canvas ni.

  2. Full Component. Maksudnya, di dalam Facebook Canvas anda boleh letakkan text, video, gambar, carousel, store locator, products catalog, header dan link.

    So complete, nak letak copywriting, gambar testimoni dan video produk, link ke whatsapp atau sales page pun boleh dalam Fb Canvas ni.

  3. Iklan Traffic dan Web Conversion. Ya, anda boleh buat iklan untuk objective iklan ni. Maknanya anda dah boleh terokai audience di kolam putih dan merah menggunakan Fb Canvas ni.
  4. Tracking. Melalui Fb Canvas anda boleh tahu siapa sahaja yang dah bukak iklan canvas anda, dan sesiapa sahaja yang dah klik link di canvas anda.

    Tujuannya, supaya anda boleh kejar dan saka audience dengan membuat iklan Retargeting hingga mereka membeli

Oh ya, jualan saya banyak terjadi di sebabkan iklan Retargeting ini lah.

Jadi, sangat-sangat rugi bila anda tak buat iklan retargeting untuk tingkatkan jualan anda. (Saya akan tunjukkan screenshot jualan iklan retargeting dekat bawah)

Facebook Canvas Funnel

Jadi apa yang saya buat untuk meningkatkan sales saya?

Ok, flow nya mudah je

  1. Saya akan buat iklan objective traffic menggunakan FB Canvas.

    Di dalam FB Canvas, saya dah letak semua info tentang produk, testimoni, harga promotion dan link order.

    Kenapa guna Iklan Jenis Traffic? Sebab, FB Hanyak akan caj bila orang klik iklan tu sahaja. Kalau orang like, komen dan share, FB tak akan caj
  2. Selepas prospek baca kesemua detail produk di dalam Canvas, jika mereka berminat, mereka akan klik butang CTA yang mengarahkan ke Borang Order.

    Dalam kes ini, saya menggunakan borang order dari Onpay
  3. Di dalam borang order, saya akan minta prospek untuk mengisikan detail nama, emel dan membuat pembayaran.

    Selepas itu, mereka akan diarahkan ke laman thank you page, dalam tu saya bagitahu apa yang patut mereka buat selepas pembelian.

Dah, macam tu je..

Simple kan? Hmm, betul ke simple?

Tak jugak, sebenarnya bila guna cara ni, hanya 1% - 3% sahaja audience yang berminat untuk beli.

Kalau ada 100 orang yang masuk dalam iklan canvas, paling hebat pun 3 orang yang akan membuat pembayaran.

Jadi, 97 orang lagi macam mana? Mereka tak membeli pun.

Rugilah saya kan? Sebab saya dah spend duit iklan, tapi 97% prospek tak membeli produk yang saya jual.

Setelah saya cari tahu, sebenarnya ada banyak sebab kenapa prospek tak membeli selepas tengok iklan tu.

  • Mereka tak tahu apa sebenarnya produk yang saya jual ni dan masalah apa yang boleh diselesaikan?
  • Apa fungsi dan manfaat jika prospek beli produk ni?
  • Kenapa prospek kene beli dari saya, kenapa tak beli dekat peniaga yang lain?
  • Kenapa prospek kene beli sekarang, tak boleh beli nanti ke?

Dan macam-macam lagi soalan-soalan yang perlu prospek untuk tahu sebelum membuat keputusan membeli.

Jadi apa yang saya buat..

Di borang order, saya letak satu link khas untuk join group telegram.

Disebabkan ada jenis prospek yang kene bertanya-tanya dulu sebelum membeli, jadi mereka ni boleh join group telegram yang saya sediakan.

Dalam group telegram tadi tu laa saya akan bantu prospek dan educated prospek berkenaan produk yang saya jual ni dan bagaimana produk ni boleh selesaikan masalah mereka.

Jika mereka berminat, saya akan arahkan semula mereka ke FB Canvas atau borang order untuk membuat pembelian.

..Ok, macam mana? faham?

Tapi, ada satu masalah lagi. Sebenarnya, tak ramai pun yang join group telegram ni. 

Jika ada 100 orang yang tengok iklan, hanya ada 5-10 orang je yang betul-betul nak join group telegram untuk tahu lebih lanjut maklumat pasal produk yang saya jual.

90 orang lagi macam mana pula? tak kan di biarkan macam tu saja kan?

Jadi, next step saya akan kejar dan SAKA mereka menggunakan Iklan Retargeting sampai mereka terpaksa membeli 😂

Oh yaa, masih ingat tak dekat atas tadi, kenapa jumlah jualan di dashboard onpay ada RM17K, sedangkan di Ads Manager hanya tercatat RM14K.

Sebenarnya, RM3K ni saya dapatkan dari group telegram ni tadi. hehe

Sekarang anda boleh bayangkan banyaknya kerugian kalau saya tak buat group telegram ini, saya boleh hilang RM3K macam tu je.

Jadi ni dia, 

Salah satu benda yang paling best dari Fb Canvas ni ialah, saya boleh tahu audience mana yang dah baca iklan canvas, dan audience mana yang dah klik link di dalam canvas.

Tujuannya, supaya saya boleh buat iklan baru yang mengingatkan mereka untuk segera membuat pembelian (Retargeting).

Sebab, dari 100 orang yang tengok iklan, hanya ada 10 orang yang join group telegram, dan 90 orang lagi tak buat sebarang "ACTION"

Jadi step dia

  1. Saya buat iklan baru dengan objective Web Conversion dengan targeting audience yang dah baca iklan canvas saya
  2. Saya akan buat sekurang-kurangnya 3 konten baru yang dijadikan sebagai iklan retargeting, dan 3 konten ini pun menggunakan FB Canvas
    1. Konten 1 : Cerita tentang Produk (CTA ke Canvas Jualan)
    2. Konten 2 : Review dan Video penggunaan tentang produk (CTA ke Canvas Jualan)
    3. Konten 3 : Bonus jika membeli produk (CTA ke borang order)

Nak tahu apa jadi selepas saya buat iklan retargeting menggunakan iklan Web Conversion + Fb Canvas ?

Facebook Canvas Web Conversion

BOOM ! 😀

Sales terus mencanak NAIK !

Kalau anda perhatikan gambar tu, walaupun saya mengeluarkan kos iklan dengan bajet yang hampir sama iaitu RM500 antara iklan Click to website (Traffic) dan Web Conversion.

Tetapi, iklan Web Conversion menyumbang sales 6X LEBIH BANYAK dibandingkan dengan iklan traffic yang saya buat pada awal-awal tadi.

Sekarang anda dah nampak potensinya?

Kolam conversion sangat memberangsangkan, sebab FB akan sampaikan iklan tadi kepada audience yang lebih cenderung untuk membeli belah secara online.

Adakah semua ini hanya kebetulan?

Ya, saya pun berfikir sama macam anda, apa betul strategi macam ini boleh di guna pakai untuk produk yang lain atau hanya kebetulan saja?

Jadi, selepas tu saya pun cuba lagi teknik ni dengan produk yang lain pula. Harga nya pun lebih mahal dari pada sebelum ni. 

Harga jual satu unit RM174

Dan dalam tempoh lebih kurang seminggu, Alhamdulillah saya tak menyangka bahawa strategi ini mampu membuat sales yang banyak di saat orang lain menghadapi masalah kos iklan yang mahal.

Statistik jualan onpay cck

Ini pula screenshot dari ads manager iklan saya semasa mempromotkan produk yang kedua ini.

Ads Cost CCK

Alhamdulillah, bahawa strategi ini pun boleh di guna pakai untuk produk yang lain pula.

Mungkin, produk anda pun boleh juga menggunakan strategi yang saya share ini.

Tapi kene ingat, meskipun anda telah menggunakan FB Canvas, bukan jaminan bahawa sales anda pun akan mencanak naik.

Boleh jadi lebih teruk dari saya, atau boleh jadi lebih tinggi daripada saya.

Banyak faktor yang mempengaruhi keberkesanan iklan. Mulai dari demand products, strategi marketing, pengalaman anda, mindset anda, ilmu anda, hard work dan macam-macam lagi.

Belajar sesuatu? 

Sekiranya artikel yang saya share ni bermanfaat untuk anda, jangan lupa share blog ini dekat rakan-rakan anda yang memerlukan.

Paling tidak dapat menjadi amal jariah buat anda kerana menyampaikan ilmu yang bermanfaat 🙂

Nak Belajar Lebih Mendalam?

Sekiranya anda masih tak faham bagaimana nak memulakan pengiklanan Facebook Canvas + Conversion yang berkesan dan perlukan tunjuk ajar lebih mendalam berkenaan:

  • Apa tools yang perlu digunakan untuk membuat iklan Canvas
  • Bagaimana nak buat iklan canvas di Fanspage
  • Macam mana nak susun dan strategi iklan traffic, web conversion dan retargeting yang berkesan
  • Dan strategi-strategi hebat lainnya.

Kebetulan ramai yang PM saya dan berminat untuk belajar lebih mendalam berkenaan Facebook Canvas ni. 

Akhirnya, saya merekod dan mendokumen kan dalam format video segala process step by step yang saya buat untuk menghasilkan iklan yang profitable menggunakan Facebook Canvas berdasarkan produk-produk yang saya jual sebelum ni.

Sebenarnya, apa yang saya share dalam blog ini hanyalah 5% sahaja daripada keseluruhan konten dalam Video Panduan Canvas Conversion. 

Dalam video panduan tu, saya dah siapkan process A to Z supaya mudah anda nak follow

Modul Canvas Conversion

Jika anda masih baru pertama kali mendengar pasal Facebook Canvas, anda tak perlu risau sebab saya akan kongsikan secara terperinci perkara penting mulai dari persiapan awal FB Canvas, membuat iklan hingga mengkaji prestasi iklan.

Pelaburan ilmu yang saya kongsikan ini sangat berbaloi, kerana anda boleh menggunakan konsep yang sama dalam strategi marketing iklan anda nanti.

Jika anda berminat untuk dapatkan Video Panduan Canvas Conversion ini, boleh klik butang dibawah ini untuk tempah dengan harga istimewa!

Oh yaa,, Iklan Facebook Canvas ni relative masih murah, sebab tak ramai lagi orang guna iklan jenis ini.

Jadi, ini peluang anda untuk belajar lebih awal. Jangan sampai pesaing anda lebih dulu menggunakan strategi ini daripada anda. 

Jumpa anda di member area !

Ps: Harga Istimewa akan saya tamatkan tak lama lagi, jadi bertindak segera sebelum terlambat.

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.
Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Comments Below

Sila Komen Di Sini