Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Ini cara mudah untuk mencari produk yang terbukti LARIS MANIS beserta suppliernya

Mengkaji produk itu PENTING

Sebab, bila kita tahu produk tu LAKU, maka kita tak perlu lagi terkial-kial nak menjualnya nanti.

Harapannya nanti, bila kita dengan mudah menjual produk “HOT” tadi, profitnya boleh kita kongsikan dekat orang yang tersayang,, hehe

 

Oh ya, sebelum saya kongsikan lebih mendalam tentang cara nak kaji produk laris manis ini + cara mencari supplier nya,

… sebelum ni saya ada kongsikan 7 step penting dalam bisnes dropshipping ini.

Jika anda belum membacanya. Saya sarankan baca dulu artikel tu disini, supaya apa yang saya share dalam artikel ni mudah untuk anda faham.

 

Ok kita teruskan..

Selepas beberapa tahun saya berada dalam dunia FB Ads ni, saya dapati ada 3 faktor penting dalam menentukan keberhasilan atau kegagalan iklan kita.

Jika anda abaikan 3 benda ni, saya yakin anda selalu RUGI dan tak pernah dapat UNTUNG!

 

1. Produk / Service yang anda tawarkan

research produk dropshipping

Ini penting, anda mesti cari produk yang ada permintaan. Sama ada produk keperluan ataupun keinginan.

Kalau bahagian ni anda silap, maka bagaimana pun strategi marketing anda tidak akan dapat membantu buat jualan.

Ibarat menjual pasir di padang sahara, walaupun anda bagi diskaun 99%, orang still tak kan beli. Faham?

 

2. Audience yang tengok iklan anda (Bahasa mudahnya, targeting)

Fb Ads Targeting

Targeting anda kene betul dan jangan pernah abaikan benda ni.

Silap dalam meletakkan targeting, maka orang tak tahu kewujudan produk anda.

Kenapa targeting ni penting? sebab kita tak nak jual kasut dekat orang yang tak berkaki.

 

3. Konten Iklan (Ads Creative)

Fb Ads Creative copy

Konten iklan ni terdiri dari ayat copywriting dan media seperti gambar dan video.

Benda ni harus menarik, supaya orang yang tengok iklan dari yang tak nak beli, menjadi nak beli

Dari orang yang rasa tak perlu, jadi rasa perlu

Dari orang yang nak beli 3 minggu lagi, jadi nak beli hari ni jugak

Jadi, walaupun kesemua ini penting. dalam artikel kali ini saya nak fokus dekat bahagian yang pertama terlebih dulu iaitu research Produk

Rasanya sedih betul, bila kita dah spend ratus hingga ribu ringgit, tapi takde sape pun yang nak beli 🙁

…dan, benda tu selalu terjadi..

 

PRINSIP MUDAH RESEARCH PRODUK

1). Manfaatkan Facebook.

Kenapa Facebook?

Kebanyakan peniaga online, termasuk kompetitor anda, akan mempromosikan produknya di Facebook.

Jadi, dengan adanya Facebook, kita boleh SPY:

  • Apa sahaja yang dijual kompetitors
  • Produk yang mana yang paling Laris Manis
  • Bagaimana mereka membuat konten promosi yang menarik (seperti ayat iklan, gambar, video etc)
  • dan, kita akan cari tahu dimana supplier untuk produk tersebut

 

Caranya mudah,,

Kita boleh manfaatkan search engine facebook

..bahasa KL nya, Graph Search

Facebook Graph Search

Graph Search adalah sebuah feature pencarian di Facebook yang letaknya sebelah kiri atas

Jika anda nak cari sesuatu, maka anda boleh taip dekat Graph Search tu tadi

 

2) Gunakan KEYWORD

Jika kita search post dengan sesebuah keyword, maka Facebook akan memaparkan konten yang ada Keyword tu tadi

“hmm,, yang ni budak darjah pun dah tahu laa zaki”

..sabar-sabar hehe

Jadi, kalau kita nak cari post jualan pesaing kita, kita mesti cari post jualan tu tadi menggunakan keyword-keyword yang selalu digunakan dalam ayat iklan jualan

Secara am nya, ada 2 ayat yang selalu digunakan dalam post jualan

  • Call to Action
  • Promosi

 

A. Call to Action (CTA):

CTA adalah ayat yang digunakan untuk menyuruh orang lain membuat suatu tindakan.

Kalau dalam post jualan, maka ayat CTA yang di gunakan ialah ayat yang nyuruh orang beli

Contohnya: Get yours, order now. Ini untuk market antarabangsa

Kalau market lokal, selalu nya orang suruh “Komen PM”, “Whatsapp”, “Klik sini” dan macam-macam lagi

Lalu, kita gabungkan ayat CTA tadi dengan niche atau produk yang kita nak cari

Contoh: “Get Yours Necklace”

Get Yours Necklace

 

B: Promosi

Ada banyak ayat promosi yang selalu kita tengok

  • Diskaun (Discount)
  • Pos percuma (Free Shipping)
  • Stock terhad (Limited Supply, Limited Stock, Limited Edition)
  • Event: Black Friday, Cybermonder etc

Lepas tu, kita combine kan ayat promosi ni tadi dengan niche atau produk yang kita nak cari

Contoh: “Free Shipping Necklace”

Free Shipping Necklace

 

 

Back to our topic

Jadi, untuk mencari post-post jualan, maka kita kene gunakan keyword-keyword macam ni untuk mencari post jualan kompetitor

  • Just pay for shipping
  • Get a FREE
  • Just Cover Shipping
  • Free + Shipping
  • We’re giving away

Lalu, kita combine kan ayat ini dengan niche atau produk yang nak kita cari

Contoh:

  • Just Pay Shipping Necklace
  • We’re giving away t-shirt

 

Menemukan Winning Campaign Competitors

Winning Campaign ni maksudnya ialah Iklan yang MENGUNTUNGKAN

Selepas anda mencari post jualan berdasarkan keyword-keyword diatas tadi, selanjutnya tugas anda ialah menentukan mana satu post jualan yang mempunyai engagement yang tinggi

Kenapa macam tu pulak? ini sebab:

  • Semua post jualan yang ada di Facebook, selalu nya sangat sedikit reach dan engagement
  • Jika post jualan tersebut ada engagement => berarti post jualan tersebut di IKLAN KAN
  • Semakin banyak Engagement yang terjadi => makin BESAR budget iklan
  • Semakin besar Budget Iklan => Maknanya seller tu buat UNTUNG banyak, sebab tu berani spend iklan dengan budget yang banyak juga !

Tapi, kalau anda nak cari post yang paling banyak engagement, anda boleh buat secara manual iaitu dengan scroll kebawah satu persatu sehingga anda jumpa post yang banyak engagement

sayangnya, cara ini akan menghabiskan masa anda

Kerana ada ratusan, ribuan bahkan jutaan konten yang di post di Facebook setiap hari nya.

ditambah pula jika internet anda slow macam kura-kura.

Sehingga anda boleh habiskan masa berjam-jam untuk scroll-scroll timeline dan mencari post yang paling tinggi engagement.

Padahal masih banyak benda penting lainnya yang perlu anda buat.

belum lagi jika anda tengah search something di Graph search, tetiba BLANK macam ni

Graph Search Failed

Errr.. Rasa nak baling je laptop ni.. hahaa

 

Sebab itu, akan lebih mudah dan practice jika anda gunakan tools The Graph ni..

The Graph 5.0

The Graph adalah software yang berfungsi untuk memudahkan anda dalam melakukan sebuah pencarian di Facebook, menfilter carian, menyenaraikan carian berdasarkan indikator tententu dengan mudah dan cepat.

Senang cite, The Graph ni akan memanjakan anda dalam membuat kajian iklan kompetitor yang menguntungkan dengan mudah.

Anda hanya tinggal klik sana klik sini, maka The Graph akan paparkan data-data yang anda nak cari. Bahkan anda boleh mencari dengan combination yang specific

 

Sila tengok video ni sampai habis

Tengok macam mana saya mengkaji produk yang paling LARIS MANIS di Facebook dengan mudah dan pantas.

Di akhir video, saya juga tunjukkan macam mana caranya mencari supplier untuk produk Laris Manis tu tadi

Jadi, kalau kita menggunakan Graph Search, anda hanya boleh mencari based on keyword sahaja.

…dengan The Graph ini, bukan hanya keyword, anda juga boleh combine kan pencarian berdasarkan rentang masa tertentu, location tertentu, jenis post tertentu dan banyak indicatior lainnya.

Rentang Masa ni penting, sebab kita nak pastikan post jualan yang muncul tu ialah Trending Product, atau produk yang tengah HOT pada masa sekarang ni.

Bukan produk yang laris manis tahun lepas dan sekarang dah kurang disukai pelanggan anda.

Harga tools ni saya rasa terlampau murah dibandingkan dengan kos kerugian iklan anda sebelum ini yang mencecah beribu-ribu ringgit disebabkan produk yang salah.

Selain itu, Tools ini bukan hanya untuk research produk hot sahaja.. Ada baaaaaanyak manfaat lain yang boleh anda gunakan.

Anda boleh tengok kesemua manfaat dari tools ini di sini: https://goo.gl/9LJVLz

 

==

Menemukan supplier berdasarkan winning campaign pesaing anda

Selepas anda dah jumpa post jualan pesaing anda yang paling banyak engagement. Sekarang masa nya kita nak cari supplier produk tu tadi.

Cara mudah sahaja:

1. Gunakan Chrome Browser

2. KLIK KANAN pada gambar produk di iklan yang anda jumpa

3. Pilih menu “Search Google for Image”

Search Image Google

4. Tambahkan keyword “Aliexpress” dekat bahagian belakang ayat jualan, lepas tu enter

Aliexpress search image

5. Tengok senarai carian yang diberikan oleh Google

6. Cari senarai gambar carian dari web “Aliexpress”, kemudian Klik

Aliexpress Search Google

7. Anda akan di bawa ke laman aliexpress, dan Tahniah ! sebab anda dah jumpa supplier produk ni.

8. Harga produk ni ialah $4.63

Harga produk aliexpress

9. Sekarang kita tengok berapa pesaing kita ni jual dekat website nya

Shopify product price

10. Seller ni jual dengan harga $39.95. Sedangkan dibeli dari supplier dengan harga hanya $4.63. Maknanya “Untung Kotor” untuk satu produk ni ialah $35.32. Bersamaan dengan RM143

USD to MYR

Ramai ke yang beli produk ni?

No one knows,

Tapi jika ditengok, iklan ni mempunyai High Engagement, jadi  anda boleh nilai sendiri bahawa produk ni disukai oleh audiencenya.

FB Ads Engagement

  • Jika Engagement tinggi => Seller iklankan produk ni dengan bajet tinggi
  • Jika bajet tinggi => Seller buat untung banyak dari produk ni

Sekarang masa anda pula untuk mencari Winning Campaign pesaing anda dan cari suppliernya

Selepas tu,

  • Download semua foto-foto dan copywriting yang disediakan supplier anda tadi
  • upload dekat kedai online anda
  • dan mulai promosikan produk anda kepada audience anda

 

Selamat mencuba !

Jangan lupa luangkan masa anda 3 detik untuk share artikel ini. Boleh jadi 1 klik yang anda share ini dapat membuka pintu rezeki orang lain 🙂

 

Shares
Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Comments Below

Sila Komen Di Sini