Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Bismillah.

Beberapa hari yang lepas saya berpeluang untuk menemubual rakan baik saya sekaligus mentor saya, Tuan Khairi Ariff bagaimana beliau mampu menjual produk secara online dan berjaya melonjakkan jualan dari 0 sehingga 7 angka dalam tempoh 7 bulan sahaja tanpa menggunakan dropship, agen mahupun stokis. 100% secara online di rumah.

Sekarang beliau juga aktif dalam membantu usahawan-usawahan kecil untuk dapat meningkatkan jualan secara online. Kisah benar ini harapnya boleh dijadikan iktibar dan motivasi kepada anda untuk lebih berjaya dalam perniagaan secara online. Perkongsian ini agak panjang dan padat, namun sangat berbaloi untuk di baca supaya ilmu-ilmu yang ada dapat ini boleh anda ambil dan terapkan dalam bisnes anda.

Ceritanya begini.

Saya ialah seorang lelaki yang biasa seperti lelaki normal yang lainnya, tiada apa yang istimewa dari saya. Lahir dari kalangan keluarga yang tidak mempunyai latar belakang bisnes, termasuk pakcik makcik saya pun bukan orang bisnes, dan belajar di universiti dulu dalam bidang hartanah pula. Tiada kaitan langsung dengan bisnes.

3 tahun lepas, tahun yang sangat – sangat mencabar bagi saya, banyak suka dan duka yang saya alami selepas berhenti dari kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Mungkin anda sudah pasti tahu bahawa hidup di Kuala Lumpur tidak semudah dan semurah tinggal di luar bandar. Sebab semuanya nak kene bayar, hingga toilet pun kene bayar! Hidup saya pun sudah mulai kusut, risau dan panik.

Ditambah lagi dengan beban sewa rumah dan kos hidup tinggi di KL ni, nak tak nak saya harus cari jalan keluar untuk lepas dari kesempitan ini. Lagi satu, saya pun dah malu nak balik ke rumah orang tua sebab keadaan ekonomi yang kritikal masa tu.

Fitrah manusia, selepas menghadapi kesusahan, baru akan mengadu dan menangis kepada Allah SWT untuk di minta petunjuk supaya terlepas dari beban – beban dan masalah, dan Alhamdulillah hati saya sedikit lebih tenang dan boleh berfikir dengan jernih untuk mencari peluang terbaik untuk saya dapat melanjutkan hidup di KL.

Selepas itu saya dapat idea tentang perniagaan di internet, kemudian saya buka laptop dan cuba mencari peluang perniagaan yang boleh saya ikuti, ntah mengapa saya melihat begitu banyak orang menjual yang muncul di halaman facebook saya dan group – group yang saya join, secara umumnya ialah produk – produk fizikal seperti barang – barang kosmetik, ubat kurus dan krim.

Saya pun cuba mencari maklumat tambahan di google, dan saya dapati juga ramai orang yang berniaga produk – produk seperti ini. Di sebabkan saya sebelum ni pernah bekerja di sebuah syarikat internet marketing selama 3 tahun iaitu syarikat Mind Valley sebagai Advertiser Specialist (Pakar Pengiklan).

Disana saya telah di didik oleh seorang mentor saya untuk menguruskan sebuah pengiklanan yang bernilai lebih dari RM40 Juta. Maka, berbekalkan pengalaman inilah saya cuba melakukan kajian lebih mendalam tentang produk – produk kecantikan di internet, target market, pesaing-pesaing dan maklumat yang berkaitan tentang produk – produk ini sebagai bahan saya untuk menjual.

“Saya Tak Sengaja Buat Iklan Produk Orang Lain”

Keesokan harinya, selepas mempunyai data yang cukup, tanpa berfikir panjang saya terus buat blog sederhana untuk mencuba menjual produk tersebut, dan buat iklan menggunakan pengiklanan FB Ads untuk tarik prospek datang membaca ke Blog yang saya buat tadi. Kenapa FB Ads? Berdasarkan pengalaman saya ianya mudah dan sangat berkesan untuk mempromosikan jualan di Facebook.

Kepada anda yang tidak tahu tentang FB Ads, FB Ads ni ialah singkatan daripada Facebook Advertisement, yang mana kita menggunakan khidmat Facebook untuk menyampaikan post jualan kita kepada target market yang kita pilih sahaja, Oleh itu iklan kita lebih tepat sasaran.

So kelebihan pengiklanan di Fb Ads ni ialah saya boleh target kepada orang yang berkualiti. Contoh dalam kes ini,  saya dapati bahawa orang yang memerlukan ubat kurus ini ialah orang yang mempunyai masalah berat badan, secara umumnya ialah orang-orang bandar yang sudah berkahwin. Jadi melalui FB ads, saya boleh setting iklan dan target seperti ini dengan mudah:

 

  • Jantina Lelaki dan Perempuan
  • Umur 25 – 50 tahun (sebab umur macam ni prospek dah bekerja)
  • Sudah Menikah
  • Duduk di Bandar Besar seperti KL, Shah Alam, Jb, Melaka, Ipoh, Kuantan etc (Sebab di bandar-bandar besar orang lebih terdedah dengan makanan segera)
  • Berminat dengan Fitness dan GYM

 

“Ada 5 Pembelian di Akaun Bank Saya”

Keesokan harinya ketika saya menyemak status pembelian di akaun bank. BOOM, saya menerima 5 pembelian untuk produk yang saya jual tu. Saya melompat kegirangan macam dapat RM1 Juta haha, macam tak percaya sahaja.

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya saya tidak ada stok produk untuk 5 orang yang dah beli tadi, haha. Lepas tu saya menghubungi agent produk tersebut untuk beli stok dan mengirimkan ubat kurus kepada 5 customers saya yang pertama.

Di sinilah kisah baru saya bermula.

Berbekalkan ilmu pemasaran dan jualan yang saya ada, saya memberanikan diri untuk menubuhkan syarikat kosmetik dan mencari kilang OEM untuk menempah produk kurus kerana produk ini sangat banyak permintaan di Malaysia.

Untuk anda yang baru nak mula berniaga, saya tak sarankan anda untuk terus menubuhkan syarikat sendiri jika tiada ilmu dalam pemasaran dan jualan. Kerana kebanyakan pemilik perniagaan yang saya jumpai banyak yang bankrap disebabkan tiada ilmu pemasaran dan jualan. Kerana Jualan ialah nadi dari sebuah bisnes, Kalau tiada jualan maka bisnes akan mati.

Minda awal yang saya kene ingat dalam membina bisnes ini ialah JUALAN, tiada Jualan maka bisnes saya akan Mati.

Maka semasa saya membina bisnes ni, saya tidak fokus sangat dengan jenama, tak perlu tunggu website yang cantik baru nak bertindak, tak perlu tunggu kad nama yang lawa, tak perlu tunggu Logo produk yang unik, tak harus tunggu ada bilik pejabat yang selesa, Itu semuanya menjadi sia-sia jika anda tak ada ilmu marketing dan tak pandai menjual produk tersebut.

Sehinggakan untuk pemilihan nama produk pun saya malas nak fikir, maka saya menggunakan nama Ibu saya sendiri, iaitu “Paridah”, lalu saya letak kan nama “Beauty” kerana nampak kesan indah dan cantik. Maka terbentuk lah nama “Paridah Beauty”. Mudah bukan? Tak perlu pening-pening. haha.

Untuk Logo pula, saya hanya cari gambar “Mahkota” di google, dan tulis nama “Paridah Beauty” di bawah mahkota tadi, seterusnya edit menggunakan aplikasi PAINT di windows dan di lekat menggunakan gam uhu. Senang sahaja.

Selepas “Paridah Beauty” terjual lebih dari 1,000 unit, barulah saya mencari pereka professional untuk mereka bentuk logo Paridah Beauty agar nampak lebih “World Class”.

BAGAIMANA SAYA BOLEH DAPAT 7 ANGKA DALAM MASA 7 BULAN?

Semuanya disebabkan saya pakar dalam Online Marketing terutama sekali dalam Paid Traffic menggunakan Facebook Ads dan Google Adwords. Senang cerita Pengiklanan di Facebook dan Google ialah makanan sehari-hari saya.

Saya sudah melibatkan diri dalam Online Marketing ini lebih daripada 10 tahun, sehingga banyak ilmu yang saya dapati selama tu dan saya gunakan untuk membangunkan bisnes ini. Jadi, Apa yang saya buat?

A. Langkah 1

Selepas saya menentukan produk yang mempunyai banyak permintaan di pasaran, maka saya akan membuat website yang khas untuk produk ini. Anda boleh rujuk disini www.paridahbeauty.com 

  1. Didalam website ini saya akan bahagikan menjadi 2 Halaman yang berbeza
  2. Halaman 1 menjelaskan: 

a. Video Penjelasan / Tutorial Paridah Beauty:

b. Kajian dari pakar tentang keberkesanan Bahan-bahan yang digunakan dalam Paridah Beauty

c. Siapa yang sesuai untuk menggunakan Paridah Beauty

d. Testimoni keberkesanan Paridah Beauty

e. Review dari PAGE, dan

f. Arahan untuk klik butang “ORDER” -> Halaman kedua

3. Halaman 2 pula menjelaskan:

a. Arahan Untuk Whatsapp / SMS

b. Menjelaskan perasaan prospek selepas menggunakan produk

c. Review perbanding “Sebelum –  Selepas” menggunakan Paridah Beauty

d. Soalan dan Jawapan yang kerap ditanya pelanggan (FAQ)

e. Arahan Untuk Whatsapp / SMS

B. LANGKAH 2

Seterusnya ialah dengan membuka Page, kerana Page mempunyai manfaat yang sangat banyak bagi peniaga online, salah satu nya ialah Facebook Ads. Secara jujurnya, jualan yang terjadi dalam bisnes saya ini ialah di sebabkan Facebook Ads ini.  Caranya macam ni:

  1. Buat Post yang mudah dan menarik dan letak kan link website saya tadi

Kalau anda nak tahu, Ini lah salah satu iklan yang saya gunakan menjana 7 Angka semasa membina Paridah Beauty. Jangan terkejut dengan ke’simple’an (haha… tak tahu la boleh cakap cakap camni ke tak) iklan ni. Apa yang menarik dari iklan ini ialah:

  1. Iklan betul-betul targeted kepada orang mempunyai masalah berat badan menggunakan Facebook Ads (Research Mendalam)
  2. Headline yang Menarik: “Tumbuhan Ini Boleh Turunkan Berat Badan Anda
    1. Tumbuhan tu membuatkan orang tertanya-tanya “tumbuhan apa?”
    2. Perkataan “boleh” tu nampak meyakinkan, tapi tak terlalu hype
    3. Bila sebut “berat badan”, clearly hanya orang yang ada masalah berat badan akan klik dan baca
    4. “anda” tu pun perkataan yang powerful
  3. Arahan untuk KLIK link yang di sediakan

Untuk pengetahuan anda, tujuan dari iklan ini, bukan untuk mendapatkan Like, Komen ataupun Share, tetapi untuk orang KLIK LINK website yang telah di sediakan. Kerana orang yang klik link website tersebut, kemungkinan besar ialah orang yang mempunyai masalah dalam berat badan.

Cara ini sangat efektif kerana saya boleh menapis orang yang betul-betul mempunyai masalah berat badan sahaja yang akan klik. Selepas prospek klik link tersebut, maka semua maklumat berkenaan products di jelaskan di dalam website secara detail (seperti Langkah 1)

Bila Facebook ads dah targeted + Copywriting Menarik = Jualan Mudah

 

C. LANGKAH 3

Masa ni saya hanya perlu menunggu whatsapp / SMS dari bakal pelanggan untuk tanya macam mana nak buat pembayaran sahaja. Pada fasa ini, orang yang whatsapp atau SMS ialah orang yang betul – betul mempunyai masalah berat badan dan memerlukan penyelasaian terhadap masalah tersebut.

Ini lah cara saya menjana 7 Angka dalam tempoh 7 Bulan. Sebenarnya jualan boleh di lakukan dengan menggunakan FB Ads sahaja, walaupun tanpa website. Tetapi kerana saya malas nak melayan prospek satu persatu, maka saya hanya perlu fokus dalam Marketing FB Ads dan tarik orang datang ke blog, dan tunggu whatsapp untuk buat payment dari pada pelanggan. Mudah Bukan?

Dengan kaedah ini, saya mempunyai masa yang lapang untuk menjalankan aktiviti harian saya termasuk melancong ke pelbagai negara.

ANALISIS IKLAN 7 ANGKA 7 BULAN

Baiklah, saya akan pecahkan analisis ini kepada 4 komponen:

1. Fahami Matlamat Bisnes

Untuk menghasilkan iklan yang dapat membuat jualan, matlamat bisnes mestilah jelas. Anda mesti fahamkan betul-betul kenapa anda perlu beriklan. Ia adalah perkara no 1 yang anda perlu buat.

2. Tujuan Menghasilkan Iklan

Pernahkah anda terpandang iklan samada di TV, surat khabar atau majalah dan anda terpesona membacanya? Ada rahsianya. Terdapat 2 elemen yang anda perlu tahu untuk menghasilkan iklan:

  • Untuk menarik perhatian orang
  • Untuk menimbulkan perasaan ingin tahu yang tinggi.

Untuk iklan saya, saya menggunakan konsep yang digunakan oleh akhbar tabloid untuk ayat iklan dan gambar iklan. Bila anda dapat menarik perhatian serta dapat menimbulkan perasaan ingin tahu pelanggan, iklan anda pasti senang membuat jualan.

Selaln itu, kos iklan saya sangat murah kerana apabila ramai yang klik, click through rate (CTR) menjadi tinggi dan penyedia platform iklan mengganggap iklan saya sangat relevan dengan pelanggan yang saya sasarkan.

3. Tekankan Big Idea

‘Big Idea’ yang saya maksudkan di sini ialah tema atau ‘hook’ untuk iklan anda. Secara asasnya, ia adalah faktor utama yang membuatkan pelanggan perlu bacaiklan anda.

Untuk iklan saya ini, saya cuba guna pendekatan untuk mencari apa yang pelanggan saya mahukan. Saya tekankan bahawa ada satu bahan di dalamproduk saya boleh meningkat kualiti hidup mereka.(lihat headline iklan – Tumbuhan ini boleh menurunkan berat badan anda).

4. Kerja Kreatif untuk Menghasilkan iklan

Ok, untuk kerja kreatif ini, ia melibatkan 2 perkara sahaja iaitu pemilihan gambar iklan dan headline iklan. Disebabkan Big Idea saya adalah berkaitan dengan satu bahan di dalam produk, jadi saya hanya gunakan gambar halia sebagai gambar iklan saya. Untuk ayat iklan, saya cuma ambil ‘Tumbuhan ini boleh menurunkan berat badan anda’ sebagai headline iklan saya.

5. Keputusan iklan

Saya lancarkan iklan selama setahun dan menghasilkan jualan hampir 7 angka tanpa guna ejen, stokis atau kawan-kawan.

Kesimpulan Keempat-empat komponen (Fahami Matlamat Bisnes, Tujuan Menghasilkan Iklan, Tekankan Big Idea dan Kerja Kreatif untuk Menghasilkan iklan) adalah penting untuk menghasilkan iklan yang convert. Ia dapat menarik perhatian pelanggan serta klik yang banyak. Respon pelanggan untuk membeli juga tinggi.

Jika anda pernah menggunakan FB Personal untuk bisnes, “Apakah perlu menggunakan Facebook Page?”

Jawapanya ialah: WAJIB haha

Sebab menggunakan Fb Page, anda boleh mendapatkan unlimited followers berbanding Fb Personal yang hanya boleh menampung 5,000 Friends. Salah satu features yang paling banyak saya gunakan di Facebook page ialah Fb Ads, kerana Features Fb Ads ni lah memudahkan saya untuk mengiklanan kepada audience yang berkualiti sahaja, sedangkan Fb personal tidak ada features Fb Ads ini.

“Bagaimana?”

Kalau anda rasa artikel ini sangat bermanfaat dan ingin belajar lebih mendalam bagaimana saya membina proses pengiklanan dari pada basic hingga advance secara step-by-step, itu Bagus. Sebab apa, ilmu yang saya kongsikan dalam artikel ini baru 3% sahaja dari pengalaman saya selama 10 tahun dalam dunia online marketing ini.

Untuk pengetahuan anda, pada tahun lepas saya baru sahaja mewujudkan satu Program iaitu Likemethod yang mana disana saya telah membongkarkan segala periuk nasi tentang bagaimana saya membuat pengiklanan yang dapat meningkatkan jualan dengan menggunakan Platform FB Ads.

Dalam tempoh 11 bulan sahaja, rakan-rakan peniaga online sebanyak 14,000+ orang yang turut serta dalam program Likemethod ini. Dan 95% sifu-sifu internet marketing pun berada di dalam program ini (Anyways… semua bayar untuk join program ni.. bukan saya bawak masuk free), dan program ini telah pun mendapatkan 5 STARS REVIEW di Page kami 🙂

Didalam program tu, saya jelaskan segala proses dari A – Z secara step by step, dengan 20% teori dan 80% praktikal. BAB 1: Video Utama Facebook Ads

  1. Flow untuk Pembelajaran
  2. Prospect Research Overall
  3. Using Amazon for Prospect Research
  4. Using Blogs for Prospect Research
  5. Using Competitors for Prospect Research
  6. Avatar Creation for Prospect Research
  7. Competitive Research for Differentiation
  8. Like Phase Overview
  9. Campaign Structure
  10. Ads Structure
  11. Launch Ads
  12. Like Phase Tips
  13. Post Like Phase: Overall
  14. Post Like Phase: Optimization & Split Test Ads
  15. Split Test Result
  16. Video Slides Ads
  17. Page Post Engagement For Likes
  18. Video Views Campaign to Get Likes
  19. Bagaimana Nak Close Buat Sales
  20. Formula Jual 3+1
  21. Launch Campaign Close Sales
  22. New Updates 2017: Setup Page
  23. New Updates 2017: Iklan Dapatkan Likes
  24. New Updates 2017: Split Test Iklan Likes
  25. Advanced Video 2017: Intro
  26. Advanced Video 2017: Iklan Post Engagement
  27. Advanced Video 2017: Post Engagement Audience 2
  28. Advanced Video 2017: Video Ads
  29. Advanced Video 2017: Video Ads Retargeting
  30. Advanced Video 2017: Lookalike Audience
  31. Advanced Video 2017: Power Editor
  32. Advanced Video 2017: Audience Insights

BAB 2: Modul dan Video Tambahan

  1. 30 Video Burger Method
  2. Avatar / Customer Research
  3. Copywriting
  4. Marketing
  5. Advertisement
  6. All about Sales / Close Selling
  7. Costing For Ads
  8. Facebook Features / Technical
  9. Apps / Tools / Service
  10. Discussions / Inspirations

Jika anda baru nak memulakan perniaga online atau pun telah lama berniaga menggunakan Facebook Ads, Program ini sangat sesuai untuk anda belajar dan meningkatkan ilmu tentang pemasaran dan jualan, disebabkan apa yang saya kongsi di program ini ialah telah saya buktikan sendiri, bahkan ahli-ahli dari program ni juga telah ada yang jana 5,6,7 angka menggunakan teknik yang saya dedahkan didalam program ini.

Anda tak perlu menunggu 10 tahun untuk mencari pengalaman dan ilmu dalam online marketing utk dapat meningkatkan jualan bisnes anda, sebab saya dah bongkarkan semua teknik yang saya gunakan sendiri di program ini step by step.

Untuk pengetahuan anda, apa yang saya kongsikan ini ialah benda yang menjadi dan berjaya dekat saya, ini method yang saya gunakan sehingga saya berjaya membina syarikat saya menjana 7 angka dalam masa yang singkat.

Saya tak berani nak mengatakan bahawa method ini sesuai untuk semua orang, jika anda mempunyai teknik yang lebih berjaya untuk bisnes anda, lanjutkan dengan teknik tersebut. Namun jika anda ingin menambah ilmu dan mempraktikkan teknik saya ini dalam bisnes anda, itu juga pilihan yang bagus.  

Jika anda berminat untuk JOIN program ini dan mendapatkan harga DISKAUN:

>> Klik Di Sini Untuk Join Program Ini Dengan Harga Diskaun >>

(Kisah diatas dikongsikan oleh rakan dan mentor saya, Khairi Ariff, Founder kepada program Likemethod)

ps: Artikel ini ialah hak cipta milik teknikpemasaran.com

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.