Pada blog post lepas, saya telah kongsi 3 strategi marketing yang boleh bantu gandakan angka jualan untuk business online anda.

Untuk penulisan kali ni, 

Saya akan kongsi dengan lebih terperinci tentang apa yang saya buat untuk bantu klien saya jana 1338% ROI daripada campaign Facebook Ads beliau.

Anda tak perlu bajet marketing yang besar untuk dapatkan ROI yang tinggi .

Apa yang anda perlukan ialah game plan dan sales funnel yang kukuh untuk approach target audience,

... supaya dapat tukarkan mindset mereka daripada “login untuk socialize di Facebook” kepada “saya nak beli produk anda.”

Dalam case study ni,

Saya akan kongsi teknik yang saya gunakan untuk bantu klien saya jana RM3700 daripada bajet RM276.43 dengan Facebook Ads dalam masa 14 hari.


Tentang perniagaan

Perniagaan ni ialah service based business di mana harga setiap service antara RM400 – RM2500,

... dan proses buying decision adalah lebih panjang dari business yang jual produk.

Case study dalam blog ni saya buat daripada website design service untuk klien saya.

Beliau dah jalankan perniagaan ni selama 2 bulan, web traffic tak sampai 100, Facebook fans pun kurang daripada 50.


1. Install Pixel, Conversions & Custom Audience

Saya install pixel, create conversions dan custom audience sebelum saya mulakan kempen.

Ini untuk senangkan saya measure results, optimize dan buat retargeting ads nanti.

Berikut ialah data custom audience sebelum saya mulakan kempen

Bilangan dah baca blog – 30 orang
Bilangan dah tengok page servis – 60 orang


Traffic generation

1. Warm audience

Pertama sekali, saya buat ads dan deliver pada audience yang dah visit page servis sahaja.

Bila mereka click pada ads, ads ni akan bawa mereka pada blog post.

Kandungan blog tersebut ialah konten awareness.

Iaitu konten tentang betapa pentingnya website untuk perniagaan dan elemen penting untuk bina high converting website.

Tujuan content tersebut ialah untuk bina trust dan kredibiliti brand.

Ianya juga untuk prequalify audience dimana ads tu nanti akan tarik orang yang betul – betul berminat dengan web design sahaja.

Untuk audience 30 orang yang dah baca blog tadi saya biarkan dulu.

Saya run ads pada audience yang dah visit page servis tadi selama 3 hari dan telah belanjakan sebanyak RM10.73.

Results dari traffic generation dari warm audience ialah:

  • 29 clicks
  • Cost per click – RM0.37

Engagements dan Conversions dari ads untuk warm audience memang tinggi.

Tapi bilangan orang yang kita boleh reach adalah terhad.


2. Cold audience

Kedua, saya generate traffic dari cold audience pula dimana mereka belum pernah dengar tentang brand atau servis yang ditawarkan.

Saya buat lookalike audience daripada audience yang dah pernah visit website saya tadi dan hasilkan 4 audience group yang baru.

Saya buat split test selama 72 jam dengan bajet RM10 sehari untuk setiap audience.

Jumlah yang telah dibelanjakan ialah RM34.81. Saya tutup dua ad set yang harga CPC melebihi target iaitu RM1 per click.

Untuk dua iklan yang masih aktif tadi saya sambung dan jalankan selama 7 hari dan telah belanjakan sebanyak RM195.87

Jumlah dibelanjakan

  • Testing = RM34.81
  • Traffic generation dari warm audience = RM10.73
  • Traffic generation dari cold audience = RM195.87
  • Total traffic = 395
  • Cost per click = RM0.61

Dalam fasa traffic generation, goal saya bukan nak buat sale,

... tapi nak kenalkan brand dan increase awareness kenapa mereka perlukan servis yang ditawarkan.

Pada masa yang sama, iklan ni adalah untuk build traffic dan prequalify audience.


Open Cart – Retargeting

Pada fasa ni, custom audience saya dah ada 395 orang yang dah baca blog saya hasil dari traffic generation dan prequalify tadi.

Proses menjual bermula pada fasa ini iaitu fasa open cart.

Saya buat ads khas untuk warm audience yang dah baca blog saya dan yang dah tahu pasal brand saya sahaja.

Saya jalankan ads ni selama 7 hari dengan bajet RM5 sehari.

Open cart: Untuk 3 hari pertama, saya jalankan ads untuk introduce produk.

Dalam ads ni, saya fokuskan kepada features dan details service saya.

Reminder: Untuk 2 hari yang berikutnya, saya buat ads untuk remind audience tentang servis dan produk yang ditawarkan.

Dalam ads ni, saya fokuskan kepada impacts dan benefits.

Close cart: Untuk 48 jam terakhir, saya buat ads untuk beri mereka diskaun 20% dan tawaran ni valid untuk 48 jam sahaja.

Results

  • Open Cart: 2 conversions = RM1000
  • Reminder: 1 conversion = RM900
  • Close Cart: 3 conversion = RM1800

Jumlah yang dibelanjakan untuk Facebook Ads:

  • Testing = RM34.81
  • Traffic generation dari warm audience = RM10.73
  • Traffic generation dari cold audience = RM195.87
  • Retargeting = RM35.02
  • Total spent = RM276.43

Conversions

  • Jumlah klien = 6 orang
  • Total revenue = RM 3700
  • ROI = 1338%

Dengan kata lain, saya gandakan bajet klien saya lebih 13x.


Okay, jom baca quick review ni.

Fasa 1: Traffic Generation (Prequalify)

Saya buat conversion ads untuk view content dan belanjakan sebanyak RM241.41 untuk prequalify orang yang betul – betul berminat.

Ads tersebut telah kategorikan sebanyak 395 orang simpan mereka dalam custom audience.

Fasa 2: Retarget (Open Cart)

Setelah ada 395 orang yang betul – betul berminat dan related dengan servis yang ditawarkan.

Saya buat retargeting ads dan gunakan Custom Audience yang dah prequalified tadi untuk promote servis.

Dengan menggunakan strategi mudah diatas,

... klien saya dapat RM13.38 daripada setiap RM1 yang dibelanjakan pada Facebook Ads.

Anda tak perlu bajet yang besar, tak perlu reach audience yang berjuta.

Guna Facebook Ads untuk kenalkan produk dan bina brand dahulu sebelum buat ads untuk promote produk.

Bila anda kenalkan produk dan dapatkan kepercayaan audience, proses menjual akan jadi lebih mudah.

Senang je kan? Oh ya..

Jika anda nak belajar lebih mendalam bagaimana nak buat Facebook Ads funnel dan kukuhkan Game Plan marketing anda tahun ni,

Kebetulan saya ada sediakan video panduan step by step bagaimana anda boleh belajar dan buat strategi Facebook Ads yang profitable.

Apa yang saya share ini hanyalah 5% daripada keseluruhan ilmu dan strategi yang saya akan kongsikan dalam panduan Facebook Ads Game Plan ini.

Sekiranya anda berminat untuk belajar,

> anda boleh klik di sini untuk join Facebook Ads Game Plan <

Tinggalkan komen dibawah untuk sebarang soalan.

Jangan lupa untuk share blog post ni dengan rakan anda di Facebook.

Ps: Selepas amalkan kaedah dalam FB Ads Game Plan ini, salah seorang students saya berjaya kurangkan separuh dari anggaran kos iklan untuk capai target sales 6 angka.

Kredit: Artikel ini dikongsikan oleh rakan saya, Baem Ashrawi.


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.
Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Comments Below

Sila Komen Di Sini