Ramai yang tanya dekat saya, mana lagi bagus iklan Canvas atau Iklan Website?

Soalan seperti ni terlalu subjective. Tak de yang paling bagus dan takde yang paling buruk.

Sebab, lain produk yang anda jual, lain pula teknik dan strategi iklan yang di gunakan.

Tapi dalam artikel kali ini saya akan kongsikan kepada anda perbezaan result iklan canvas dengan iklan website berdasarkan produk yang saya jual.

3 benda penting yang akan saya kongsikan kepada anda dalam artikel case study ini ialah:

  1. Kenapa saya menggunakan Objective Web Conversion?
  2. Bagaimana result FB Canvas bila menggunakan iklan Web Conversion?
  3. Iklan mana yang mempunyai result terbaik antara iklan FB Canvas VS Iklan Website?

Saya akan jawab 3 soalan ini lebih mendalam. Jadi sila baca sampai habis untuk mengetahui keputusannya.

(Penafian: Result yang saya tunjukkan adalah hasil iklan saya sendiri, Saya tidak menjamin bahawa anda akan mendapatkan result yang sama. Keberkesanan suatu iklan datang dari ilmu, pengalaman, mindset dan kerja keras. No instans RESULT)

Ok, Jika anda masih tidak tahu apa itu Facebook Canvas, boleh rujuk sini terlebih dahulu supaya anda boleh faham membaca case study ini.

Jadi, sebelum saya menjalankan split test antara iklan canvas dan iklan website.

Fasa pertama yang saya lakukan ialah untuk split test objective iklan terlebih dahulu. Kenapa?

Masih ingat dengan gambar dibawah ini yang saya jelaskan pada artikel cara membuat iklan yang rugi menjadi profitable?

Kolam Audience Facebook Ads

Kumpulan Audience Mengikut Objective Iklan

Kotak bewarna biru tu ialah potensial reach audience yang kita setting semasa buat iklan.

Disana terdapat banyak jenis audience yang telah dikumpulkan oleh Facebook berdasarkan tingkah laku audience tersebut.

Dalam kes ni saya hanya fokus kepada 3 objective iklan yang selalu orang guna.

  1. Engangement: Iklan untuk audience yang suka like, komen dan share
  2. Click: Iklan untuk audience yang suka klik website, baca artikel dan blog
  3. Conversion: Iklan untuk audience yang suka melalukan pembelian dan menukarkan emel untuk lead magnet

Persoalannya. “Objective mana yang akan saya gunakan untuk testing iklan canvas nanti dan kenapa menggunakannya?”

Saya tidak boleh judge bahawa Objective Conversion lebih baik dari Obctive Click (Traffic) dan Objective Engagement ataupun sebaliknya. Tanpa menengok sendiri result iklan yang telah saya jalankan.

Untuk itu, saya menyiapkan sebuah artikel seperti di bawah ini.

Artikel Teknik Pemasaran

Tujuan saya membuat artikel ini ialah untuk mencari pelawat ke blog sekaligus untuk split test 3 objective iklan diatas tadi.

Oh ya, dalam split test ini saya menggunakan:

  • Copywriting dan gambar yang sama
  • Targeting & Budgeting yang sama
  • Tidak ada perbezaan kecuali objective iklan sahaja

dan ini lah hasilnya selepas beberapa hari saya lakukan split test

Website Conversion Case Study

Untuk pengetahuan anda, PPE maksudnya Page Post Engagement, CTW pula ialah Click To Website (Traffic) dan WC ialah Website Conversion.

Jadi, selepas 3 objective ini saya jalankan dalam beberapa hari.

Cuba tengok gambar diatas, inilah result iklan yang saya dapatkan:

  • Iklan PPE => Bajet RM60,96 tapi baru dapat 1 customers. (ROAS 2.13)
  • Iklan CTW => Bajet RM82.99 tapi baru dapat 2 customers (ROAS 3.37)
  • Iklan WC => Bajet RM104.01 dan dapat 10 Customers (ROAS 14.42)

Info Produk yang saya jual:

Harga produk: RM130

Komisen: RM65

Maknanya, saya tak boleh keluarkan kos iklan lebih dari RM65 untuk dapatkan 1 customer. Kalau lebih RM65, saya akan rugi.

Meskipun ketiga-tiga objective campaign ini masih profit, tapi anda dah boleh menilai mana satu objective iklan yang paling BERKESAN?

Of Course Website Conversion (WC)..

Sebab itu, saya lebih fokus menggunakan Objective iklan Web Conversion untuk menjual produk ini.

Oh ya, untuk pengetahuan anda. ROAS tu maksudnya Return On Ad Spend.

Maksudnya berapa ganda pulangan yang anda dapatkan dari setiap ringgit yang anda spent.

Contoh jika sehari anda spent RM10,

jika nilai ROAS 1, maknanya 1X ganda, jadi anda spent RM10 anda dapat sales RM10

Jika nilai ROAS 25, maknanya 25X ganda, jadi anda spent RM10 anda dapat sales RM250

Pastikan nilai ROAS positive dan seeloknya lebih daripada 3. Kerana paling tidak anda kene dapatkan 3 kali ganda dari total wang yang anda laburkan untuk iklan.

Winning Objective => WC

Ok, Objective Campaign dah jumpa.. Jadi next step kita akan fokus dekat WC untuk test iklan Canvas VS iklan Website.

Facebook canvas vs Website

Gambar di atas ni adalah contoh iklan yang saya gunakan untuk Split Test.

Tiada yang beza dari iklan ni, baik dari Objective Campaign, Targeting, Budget, Copywriting, dan Gambar.. Semua sama

Yang membezakannya cuma jenis ads creative sahaja.. sebelah kiri menggunakan website dan sebelah kanan pula menggunakan canvas.

Soalan 2: Bagaimana result FB Canvas bila menggunakan FB Ads?

Ini screenshot dashboard Ads Manager saya:

CTR Fb Ads Canvas

Cuba anda perhatikan perbezaan nilai CTR ALL pada iklan Canvas yang begitu besar iaitu 38%.

Ini maksudnya, dari 1000 orang yang nampak iklan, ada 380 orang yang melakukan CLICK (All), sama ada klik untuk tengok gambar, tengok copywriting, tengok komen dan lain-lain..

Jika dibandingkan dengan iklan ke website, CTR ALL hanya 7.5%. Maksudnya hanya ada 75 orang yang melakukan aktiviti CLICK daripada 1000 orang yang tengok iklan

Nampak jauh beza nya kan?

Oh ya, jika menggunakan iklan photo, video atau text. Nilai CTR tertinggi yang pernah saya dapat hanya lah 11%

Tapi lepas menggunakan FB Canvas, Nilai CTRL All meningkat tajam.. Saya tak menyangka iklan canvas ini boleh cecah nilai CTR (ALL) yang sangat tinggi.

Soalan 3: Iklan Mana Yang Mempunyai Result Terbaik?

Facebook Canvas Case Study

Result Website:

  • Amount Spent: RM6.33
  • Purchase: 2 Customer
  • Cost Per Purchase: RM3.17/Customer
  • Sales: RM322
  • ROAS: 50.87


Result Canvas:

  • Amount Spent: RM2.16
  • Purchase: 2 Customer
  • Cost Per Purchase: RM1.08
  • Sales: RM322
  • ROAS: 149.07

 

Dua-dua iklan mendapatkan 2 customers.

Tapi, iklan jenis canvas jauh lebih murah dibandingan dengan iklan ke website.

Data menunjukkan bahawa untuk mendapatkan satu customer, Iklan jenis canvas hanya perlu belanja RM1.08 sahaja, dibandingkan iklan jenis website perlu belanja iaitu RM3.17

Perbezaan yang paling ketara ialah NILAI ROAS pada iklan canvas yang mencecah 149X Ganda (Nilai ROAS Paling tinggi yang pernah saya dapat setakat ni)

Ini bermaksud, Ad spent x Roas = Total Sales

Jadi, saya spent RM2.16 x ROAS 149.07 = maka total sales yang saya dapatkan ialah RM322

Makin tinggi ROAS yang didapatkan, maka main tinggi pula jumlah sales yang bakal anda dapatkan.

Sekarang anda dah nampak potensi Iklan Canvas + Fb Ads Conversion ini?

nak belajar lebih mendalam?

Mungkin anda masih tak faham lagi macam mana nak memulakannya semua ini,

dan mungkin juga anda perlukan bimbingan yang lebih detailed dan mendalam, seperti:

  • Apa tools yang harus di gunakan untuk membuat FB Canvas
  • Bagaimana nak bina canvas yang menarik dan menjual
  • Nak setup iklan Traffic dan Convertion yang PROFITABLE
  • Nak kurangkan kan kos iklan dan tingkatkan Sales dengan FB Ads menggunakan Fb Canvas
  • Dan strategi hebat lainnya.

Kebetulan, beberapa minggu lepas, saya ada test satu strategi iklan menggunakan Facebook Canvas ini. 

Alhamdulillah, dalam tempoh lebih kurang seminggu saya berjaya membuat jualan 5 angka.

Jika anda nak belajar step by step process bagaimana nak membuat Facebook canvas dan strategi membina iklan yang profitable ini.

Saya sarankan anda untuk dapatkan video panduan Canvas Conversion.

Modul Canvas Conversion

Di sana, saya akan ajarkan kepada anda langkah demi langkah cara membuat Facebook Canvas.

Tidak hanya itu, saya akan bongkarkan strategi yang saya gunakan sebelum ni dalam membuat jualan 5 angka menggunakan Facebook Ads.

Saya juga akan tunjukkan kepada contoh-contoh iklan, produk yang saya jual dan tools yang saya gunakan dalam membina iklan yang profitable menggunakan Facebook Canvas.

Jika anda berminat untuk letupkan sales online anda menggunakan Fb Canvas, anda boleh dapatkan video panduan conversion dengan harga istimewa di bawah ini.

>>Klik sini untuk dapatkan panduan Canvas Conversion dengan harga Jimat

Jangan terlambat, sebab harga istimewa akan saya tutup tak lama lagi 😇

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.
Shares
Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Comments Below

Sila Komen Di Sini