Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Iklan selalu rugi? Kos makin mahal dan jualan sukar meningkat?

Kalau “YA”,, Saya sarankan anda baca perkongsian saya ini sampai habis.

Sebab saya akan jelaskan kepada anda strategi bagaimana saya menambah baik prestasi iklan saya dari rugi menjadi profitable ..

Tapi, sebelum saya kongsikan strategi ini lebih mendalam

Saya nak anda faham terlebih dahulu apa makna “profitable”,

supaya anda dan saya mempunyai kesefahaman yang sama terhadap makna ayat ini.

Ingat, konten ini ini bukan bercerita tentang kos CPE 0.0001,

Boleh? Ok, teruskan

Anda spend RM1, Anda dapat RM2 = Baki RM1. Ini profit, setuju?

Anda spend RM10, Anda dapat RM15 = Baki RM5. Ini masih profit, setuju?

Anda spend RM100, Anda dapat RM300 = Baki RM200, ini profit, setuju?

Jadi, Profitable ialah bila mana jumlah sales ditolak dengan kos yang anda keluarkan mempunyai baki yang positive.

Ok, harap anda faham sampai sini.

Back to our topic..

ini contoh jualan saya beberapa minggu selepas menggunakan strategi ini:

Facebook Canvas Result

 

dekat gambar bawah ni ialah kos iklan yang saya spend

Facebook Canvas Ads

Menarik kan?

 

Sebab sebelum ni, saya mempunyai masalah yang sama seperti anda

kos iklan mahal gila, bahkan untuk mendapatkan 1 lead prospek lebih dari RM10

Stress?

Mestila saya stress, sebab profit satu produk sangat lah kecil sedangkan lead prospek terlalu mahal.

Jika lead yang saya dapat tu, tak berjaya untuk di close, apa tak stress saya jadinya.. haha

tipu laa kalau tak stress, apa lagi kalau 100% life bergantung kat bisnes

Jadi, ini detail produk yang saya jual

Harga: RM135/unit
Komisen: RM50/unit
Total Sale: RM17,145 (127 Unit)
Total Komisen: RM6,350 (RM50 x 127 unit)
Kos Ads: RM1,546.78

=> RM6,350 – RM1,546.78 = RM4,803.22 (Profit)

Dan, saya dapat bonus sebanyak RM3,000 sebab dapat capai lebih dari 100 Sale dalam tempoh tu.

So sekarang profit saya => RM4,844 + RM3,000 = RM7,803.22 (Profitable)

Ok lah kan?

Saya tak perlu keluar duit iklan sebenarnya, sebab Bonus yang saya dapat tu boleh cover kos iklan, ada baki pulak tu lagi

Alhamdulillah..

Oh ye, mesti anda perasan, kenapa jumlah purchase dekat dashboard FB Ads RM14k je, sedangkan dekat website onpay ada RM17k.. hehe..

Saya akan explain benda ni dekat bawah bagaimana saya up kan sales dari 14k menjadi 17k..

Sila teruskan bacaan anda.

Jadi, apa yang saya buat? senang je..

Sekarang, cuba anda perhatikan gambar di bawah ini,

Bila saya tengah buat iklan dengan targeting interest sifufbads dan umur 25-45

Facebook ads audience

Dalam petak biru, itu adalah jumlah audience “potential reach” yang kita selalu setting dekat adset.

Maksudnya petak biru tu ialah jumlah audience yang berpeluang akan nampak iklan saya. (Ingat, berpeluang ni boleh nampak boleh juga tak nampak)

Sedangkan bulatan kuning, putih dan merah adalah kumpulan audience mengikut objective iklan.

Maksudnya, Facebook tahu orang yang suka like komen share, akan masuk dalam kolam audience di bulatan kuning (Engaged)

Orang yang suka klik ke website, baca blog, FB akan kumpulkan audience ni dalam kolam bulatan putih (Clickers)

Dan orang – orang yang suka membeli dan pernah terekod dalam pixel Fb melakukan pembelian menerusi Facebook, maka Fb akan kumpulkan audience ni dalam kolam bulatan merah. (Pembeli)

Jadi, Fb dah kumpulkan siap2 audience ni based on “Track record” dan Activity mereka di Facebook.

Facebook ads audience

Nah, apa yang membuat iklan akhir-akhir ini menjadi mahal ialah kerana FB dah jadi seperti pasar malam.

Sebab, terlalu ramai pengiklan seperti saya, termasuk anda dan ribuan advertiser yang lainnya hanya FOKUS dekat satu objective campaign,

iaitu “Page Post Engagement” (PPE)

So, apa jadi bila semua orang fokus dekat satu KOLAM KUNING tu?

Sesak? High Competition?

Of Course laa kan,

Sebab tu kos pun semakin meningkat, Kerana FB harus mengagihkan terlalu banyak iklan kepada audience yang kolam nya dah sesak dan kecil

last-last sekali, FB hanya akan tayangkan iklan anda jika anda mampu mengeluarkan bid (kos) yang tinggi berbanding advertiser yang lain.

Kalau anda spend kecik, anda akan kalah dengan jerung2 yang spend ribu riban setiap hari untuk fb ads

“High Bid Win”, Got it?

Facebook ads audience

Untuk membuktikan hujah saya, saya nak bagitahu something dekat anda.

Kalau anda perasan lah kan, mungkin benda ni pernah terjadi dekat anda..

Bila kita buat iklan, contoh la saya buat iklan PPE dalam tu ada potential reach sebanyak 120,000 audience. (rujuk gambar atas)

Selang beberapa hari atau minggu, frequency iklan saya dah cecah angka 2 hingga 5, padahal reach audience baru 30,000

kenapa FB tak tayangkan iklan kepada audience selebihnya? masih ada lagi baki 90,000 audience yang belum nampak iklan saya ni

kenapa mesti tayangkan iklan kepada 30,000 audience sahaja berulang-ulang kali?

sehingga menyebabkan frequency iklan meningkat dan kos pun mencanak NAIK !

Kenapa?

Ini yang membuat saya tertanya-tertanya masa tu

Sampai akhirnya saya faham konsep KOLAM Audience dalam Facebook ni.

Facebook ads audience

Ternyata, dari jumlah potential reach 120,000 audience tadi hanya ada 30,000 audience sahaja audience yang suka engagement (kolam kuning)

Mungkin 90,000 audience lagi adalah audience untuk kolam CLIKERS (putih), CONVERSION (merah) dan jenis2 audience yang lainnya.

So sebab tu, FB Akan tayangkan kepada audience kolam kuning ni berulang-ulang kali,

kerana objective iklan saya pada awalnya ialah mentargetkan audience yang suka Engagement sahaja (PPE).

Setakat ni Faham?

Okay, good

Jadi, Apa nak buat sekarang ni?

Blue Ocean Strategy

Apa nak buat lagi kalau tak pindah dan teroka kolam lain,

Di sebabkan competition terlalu ramai kat PPE, maka saya beralih ke iklan Traffic (Click to website) dan Web Conversion.

Tapi, ada masalah lain pula. Kerana iklan Objective ni kene ada website baru boleh buat..

“Lepas tu, kalau saya tak de website macam mana zaki?”

Ini yang best nya,

Sebab Facebook telah memperkenalkan satu jenis post baru yang di sebut sebagai Facebook Canvas.

bukan lah baru sangat, dah ada dari tahun 2016.. Cuma disebab kan masih ramai yang belum guna, jadi ramai orang anggap benda ni baru hehe

Dan, kelebihan Facebook canvas ni kita boleh gunakan iklan Jenis Traffic dan Web Conversion.

Maknanya anda boleh guna untuk buat iklan di kolam yang tak ramai orang guna !

Disebab kan saya guna iklan traffic + website conversion + FB canvas ni laa leads saya jadi murah, dan iklan pun PROFITABLE.

[Panduan lengkap cara buat FB canvas ni, saya akan explain dalam artikel seterusnya]

Facebook Canvas

Ada 4 Sebab kenapa saya suggest anda menggunakan FB Canvas:

#Pertama, Laju dan Fast loading, 1x tap je terus nampak semua isi iklan, Jadi prospek tak perlu menunggu loading yang terlalu lamaa..

Time is money ok, lambat je 3 saat menunggu loading website, prospek boleh pergi tau

#Kedua, anda boleh paparkan semua text, gambar, video, link, catalogue dan store location dalam Fb Canvas ni.

So complete, nak letak headline, video dan gambar promotion, link ke whatsapp dan testimoni pun semua boleh !

#Ketiga yang paling BEST, anda boleh buat iklan ke Audience di kolam PUTIH dan MERAH yang mana audience ni mempunyai activity gemar membeli secara online menggunakan Objective iklan traffic dan conversion.

DANNN

#keempat, melalui FB canvas ni, anda boleh track audience yang dah bukak canvas atau yang pernah klik link yang ada di canvas,

Tujuannya ialah “RETARGETING” untuk kejar dan SAKA prospek sampai mereka membeli ! (jika anda guna iklan post biasa, anda tak boleh track)

Oh ya, sales saya banyak terjadi sebab RETARGETING !!!,

Jadi rugi kalau anda tak buat iklan jenis retargeting ni. (Saya akan tunjukkan bukti dekat anda di bawah nanti)

Facebook Canvas Funnel

 

Jadi apa yang saya buat untuk meningkatkan sales saya ?

Ok, So flow nya mudah je..

  1. Saya akan buat FB Ads jenis traffic dan iklan kan Facebook Canvas jualan saya kepada prospek.. Dalam tu saya ada explain pasal produk, testimoni, harga promotion, dan link order..Senang cite semua dah explain kat situKenapa traffic? Sebab FB hanya akan caj bila orang klik jee.. So, kalau orang like, komen dan share, FB Tak kan caj.. Best kan? 😀
  2. Selepas prospek dah baca semua iklan yang ada di dalam Canvas saya tu, jika mereka berminat, mereka akan di arahkan ke order page.
  3. Order page yang saya gunakan ialah Onpay
  4. Di order page, prospek akan memberi detail dan buat payment. selepas tu mereka akan diarahkan ke “Thank You Page”dalam tu saya bagitahu semua apa next step proses selepas pembelian..

Dah.. macam tu je..

Simple kan? Hmm betul ke simple?

Tak jugak.. Sebab..

Hanya 1%-3% sahaja orang yang akan membeli selepas tengok iklan pertama saya..

Maknanya, dari 100 pelawat, paling tinggi pun 3 orang yang beli terus.. 97 orang lagi macam mana? mereka tak membeli pun

Jadi rugi lah saya sebab dah buat iklan, tapi 97% prospek masih tak membeli..

Kenapa boleh jadi macam tu?

Selalunya, ada beberapa sebab kenapa prospek tak membeli, seperti:

– Mereka tak tahu apa sebenarnya produk yang saya jual ni?
– Apa fungsi dan manfaat produk ni kepada prospek?
– Macam mana prospek nak guna?
– Apa je yang prospek akan dapatkan bila beli?
– Apa kerugian yang akan terjadi bila prospek tak beli? dan banyak lagi

Facebook Canvas Funnel

Jadi diborang order page saya akan letak link ke group telegram.

Kerana ada jenis prospek yang perlukan maklumat tambahan dan lebih mendalam berkenaan produk yang saya tawarkan.

Mereka yang betul-betul berminat ni akan join group telegram yang saya buat tu..

Di sana, saya akan bantu prospek dan educated prospek bagaimana produk yang saya jual ni boleh solve kan problem mereka..

Jika mereka berminat, Saya akan arah kan mereka semula ke Iklan Fb canvas atau order page untuk membuat payment,.

Simple like that..

Tapi, ratio yang masuk group sangat sedikit.. dari 100 orang yang tengok iklan. Hanya ada 5-10 orang sahaja yang akan join group.

Jadi, 90 orang lagi macam mana? tak kan di biarkan je kan? rugi lah kan.

So, next step saya akan SAKA mereka dengan menggunakan iklan “RETARGETING” sampai mereka membeli

Oh ya,, masih ingat kenapa total sales saya RM17k sedangkan di dashboard FB Ads hanya terekod RM14K?

Sebenarnya, RM3K sales lagi datang dari group telegram ini.. hehe

So, bayangkan apa yang jadi kalau saya tak buat group telegram ni… Saya boleh rugi RM3K mcm tu jee..

Facebook Canvas Funnel

Jadi ini dia

Benda yang paling best dari FB Canvas ni ialah, saya boleh track audience yang dah buka iklan canvas, dan yang dah klik link yang ada dalam Canvas

Tujuannya supaya saya boleh buat iklan baru kepada mereka semula (Retargeting)

Sebab dari 100 orang pelawat, hanya 10 orang yang join group telegram.. baki 90 orang pelawat lagi tidak membuat sebarang “ACTION”

  1. Jadi, dekat sini saya akan buat iklan jenis WEB CONVERSION dengan targeting ialah orang-orang yang dah pernah baca iklan CANVAS saya..
  2. Saya akan menyiapkan 3 konten follow up, yang mana 3 konten ni menggunakan Facebook canvas juga
  • Konten 1: Cerita tentang Produk (CTA ke Canvas Jualan)
  • Konten 2: Review + Video tentang Produk (CTA ke Canvas Jualan)
  • Konten 3: Bonus jika membeli produk (CTA ke Order Page)

Nak tahu apa jadi selepas menggunakan Web Conversion + FB Canvas untuk Follow Up?

Facebook Canvas Web Conversion

Sales terus mencanak NAIK selepas menggunakan FB Canvas + Web Conversion ni.

Kalau anda perasan dekat gambar atas tu, Walaupun spend dengan bajet yang hampir sama antara Web Conversion dengan Click To Website (Traffic),

tetapi iklan Web Conversion penyumbang sales 6x lebih besar berbanding Traffic.

Sekarang anda dah nampak?

Kolam Conversion sangat memberangsangkan.. Sebab FB Akan deliverkan iklan kepada audience yang suka membeli secara Online

Seterusnya Macam Mana?

Jadi apa yang anda boleh belajar di sini ialah, Jangan terlalu fokus dekat 1 jenis Campaign iklan seperti PPE sahaja.

Sebab disana dah ramai pemain, terlalu sesak.

Cuba guna Objective campaign yang lain seperti Traffic dan Web Conversion ini.

Kalau anda ada masalah tiada website.. Sekarang anda dah boleh gunakan Facebook Canvas.

Jangan terlalu banyak alasan, Practice, Practice, Practice make perfect..

Tapi kene ingat..

Meskipun anda menggunakan FB Canvas, Bukan jaminan bahawa sales anda akan mencanak naik juga.

Result datang sebab pengalaman, ilmu, usaha dan doa. Result saya dan anda mungkin berbeza. Mungkin lebih tinggi dari saya, atau boleh jadi lebih rendah dari saya..

No one knows

Nak belajar lebih mendalam?

So, kepada anda yang masih tak faham lagi macam mana nak memulakannya semua ini,

dan perlukan bimbingan yang lebih detailed dan mendalam, seperti:

– Apa tools yang harus di gunakan untuk membuat FB Canvas
– Bagaimana nak design canvas yang menarik dan menjual
– Nak setup iklan Traffic dan Convertion yang PROFITABLE
– Nak kurangkan kan kos iklan dan tingkatkan Sales dengan FB Ads menggunakan Fb Canvas
– Dan strategi hebat lainnya

Kebetulan, salah seorang rakan saya sekaligus guru saya telah membuat program mentoring Fb Ads Conversion + Facebook Canvas

Disana, anda akan di ajar macam mana nak buat jualan meletup menggunakan FB canvas + FB Ads Conversion

Anda juga akan di bekalkan 100 Template Fb Canvas HOT Produk Ready Use dan boleh di edit menggunakan Power Point jee

So, tak perlu Photoshop pun nak buat design lawa-lawa

Anda boleh subscribe dan join di sini bersama dengan member-member lainnya:

Sebab apa?

Di sana, saya juga akan kongsikan lebih mendalam dan detailed bagaimana saya berjaya buat jualan RM17K dalam tempoh seminggu selepas menggunakan Fb Ads Conversion ini

Bahkan saya akan ajar kan anda menggunakan video step by step

Saya juga akan tunjukkan template Fb Canvas dan bagaimana nak edit 1 by 1.

Anda juga akan nampak contoh iklan yang saya gunakan semasa membuat Jualan untuk produk ini.

Jika anda pernah mendapatkan video panduan dari saya, mungkin anda akan tahu bagaimana detailed nya saya sharing ilmu yang saya berikan kepada anda sebelum ni.

Prinsip saya, saya tak akan share benda yang saya tak buat. Saya tak akan share benda yang biasa2 dan konten yang tidak BERISI untuk anda.

Tapi ingat, Selepas anda belajar nanti, Saya tak menjajikan pulangan yang sama bila anda buat apa yang saya buat.

Kerana result akan berbeza sebab experience kita berbeza, ilmu kita berbeza, point of view kita pun berbeza.

Walaupun seperti itu, saya akan tunjukkan EXACTLY bagaimana saya membuat nya.

Cara cepat nak berjaya ialah tiru apa yang orang berjaya buat.

So kalau anda serius berminat nak tahu lebih mendalam.

> Sila join di sini

Selepas dah klik join dan register, komen “I am in”

Oh ya,, sila share artikel saya ini dekat rakan2 anda yang masih struggle dalam FB Ads tu yaa.. Supaya lebih ramai orang yang akan mendapatkan manfaat konten ini.

So sekarang, apa pandangan anda? Anda dah pernah buat FB canvas? dan apa masalah terbesar anda skrg ni? sila bagitahu dekat ruang komen, jika ada masa, saya akan reply 1 per 1.

 

Ikhlas,

Zaki Amiril | TeknikPemasaran

Shares
Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Comments Below

Sila Komen Di Sini