Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Pertumbuhan bisnes Ecommerce kian meningkat dari tahun ke tahun, bukan hanya di Malaysia sahaja, bahkan di seluruh Dunia.

Kajian ini berdasarkan data yang didapati dari statista[dot]com yang mengkaji peningkatan pertukaran wang dalam bisnes international dropshipping dari tahun ke tahun.

Bahkan, tidak pernah terjadi penurunan sekalipun.

Statista juga menganggarkan bahawa pada tahun 2020, akan terjadi peningkatan pertukaran wang dalam bisnes international dropshipping menjadi 4 TRILION USD bersamaan dengan 16.3 TRILION RINGGIT.

Ecom Growth

Source: Statista.com

 

Wow, menarik bukan?

Ini bermakna

Telah terjadi pertukaran prilaku jual beli dari offline ke online, dan jumlah pembelian secara online meningkat dari tahun ke tahun.

Sebagai usahawan, anda harus celik tentang perubahan ini. Sama ada perubahan ini sebagai ANCAMAN atau sebagai PELUANG.

Jika di tengok berdasarakan data statistik di atas tadi, Jelas lagi bersuluh bahawa bisnes ecommerce adalah sebuah PELUANG EMAS jika anda memulainya dari sekarang.

Apa yang akan terjadi jika anda bertindak 5 tahun lagi? Sudah jelas persaingan semakin tinggi dan anda akan sangat sukar bersaing jika anda tidak mempunyai tapak yang kuat.

Ps: Meskipun anda buat dropship lokal, konten ini masih relevan untuk anda. Jadi sila teruskan bacaan anda untuk dapatkan insight-insight menarik dari saya.

 

Tentang Ecommerce

Secara amnya, bisnes Ecommerce adalah sebuah bisnes yang besar dan juga harus mengeluarkan modal yang sangat besar hingga ratusan ribu ringgit.

Mulai dari:

  • Werehouse atau gudang yang besar untuk menyimpan produk
  • Pengangkutan dan logistic yang banyak
  • Shipping untuk keperluan export import
  • Online payment and website yang modern

Benda-benda diatas ni laa yang selalu kita pikirkan tentang bisnes ecommerce dan sebab itu kita  merasa tidak akan mampu membuatnya (out of capability)

..Jadi, kita cuma telan air liur sahaja tengok syarikat ecommerce yang mendapatkan Jutaan Ringgit dengan bisnes ini.. :3

Alibaba revenue Chart

Source: https://amigobulls.com

 

Tapi, itu pemikiran kita duluu lah, sekarang dah lain

 

Walaupun kita tak punya modal besar, gudang besar dan logistik yang banyak tetapi kita masih boleh menikmati LAZAT nya bisnes Ecommerce ini. Masih ada bahagian untuk orang-orang seperti kita untuk memulakannya sekarang juga.

Caranya macam mana?

Kita boleh memulakannya dengan Bisnes Dropshipping

 

Tentang Bisnes Dropshipping

Apa sebenarnya Bisnes Dropshipping ni?

Dropshipping ialah proses menjual produk fizikal (umumnya) tanpa harus punya  produk dan buat pengiriman.

Jadi, supplier yang akan mengirimkan produk ke pelanggan atas nama kita sebagai rakan bisnesnya

The Dropship Model

Source: Oberlo

 

Jadi, bisnes dropshipping ini adalah LANGKAH AWAL jika anda nak terjun dalam dunia Ecommerce.

Sebab untuk memulai bisnes dropship ini:

  • Anda tidak perlu modal untuk beli stok produk, kalau pun ada, modal sangatlah kecik untuk beli dan check kualiti produk sahaja (Minim Risk)
  • Tak perlu pening pasal postage dan logistic produk (Simple)
  • Boleh bina jenama kedai anda sendiri, sebab supplier akan hantar produk ke pelanggan atas nama kedai anda
  • Anda ada database pelanggan untuk bisnes jangka panjang
  • …. dan masih banyak lagi

 

Bisnes Internatioal Dropshipping ini sangat-sangat MENGGODA dan MENGGIURKAN. Sebab dah ramai usahawan online yang berjaya dengan memulaikan perniagaannya dengan bisnes dropshipping.

 

Singkat Cerita,

Sekarang ini, penguasaan China di pasaran antarabangsa makin kuat

China Domination

Source: Statista.com

 

Kekuatan industri China yang sangat besar mampu membuat produk-produk dengan harga yang sangat murah dan dari sana anda boleh menetapkan margin yang tinggi sesuai dengan pasaran antarabangsa.

Tidak hanya itu, kekuatan logistic China yang sangat banyak boleh membuat setiap pembelian akan mendapatkan “FREE SHIPPING” ke merata Dunia bahkan dengan menempah produk yang berharga $1 sahaja.

.. Jelas sekali, trend bisnes International Dropshipping lebih MELETOP buat masa ni dan masa yang akan datang .. 

Caranya, Jual barang dengan harga yang tinggi di pasaran US / EUROPE dan tempah produk nya dari China dengan harga yang murah.

Ini Adalah harga salah satu produk yang TENGAH HOT beberapa bulan yang lepas. Produk ni di jual dengan nilai $83.99 (RM343.48) di pasaran US / EUROPE

Hot Produk Aliexpress

Source: h2oninjamask

 

Anda boleh dapatkan produk yang sama dari supplier di China dengan harga hanya $19.90 sahaja (RM81.38)

Hot Produk Aliexpress

Source: Aliexpress

 

Anda juga tidak perlu membayar shipping, kerana selalunya mereka akan menyediakan shipping percuma ke merata dunia

Free Shipping Aliexpress

Source: Aliexpress

 

Untung Kasar yang boleh anda dapatkan dari produk ini ialah $83.99 – $19.90 = $64.09 iaitu bersamaan dengan RM262

Currency USD to MYR

Source: Google

 

Pasar US dan Europe dipilih sebab daya beli masyarakatnya yang tinggi, ditambah lagi dengan tingkah laku masyarakatnya suka membeli secara online dengan menggunakan kredit kad.

.. sehingga anda boleh mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda ..

 

Nah, cara proses jual beli di pasaran US / EUROPE itu berbeza dengan pasaran Malaysia

Kalau di Malaysia, cara jual beli masih bersifat konvensional

  • Pelanggan membeli menerusi chatting whatsapp / telegram / weChat / Messenger
  • Kemudian pelanggan melakukan payment dan send resit ke seller
  • Seller check payment dekat bank, jika ada
  • Seller akan buat pengeposan ke pelanggan

Kalau di US / EUROPE, masyarakatnya terbiasa untuk membeli dengan system “add to cart” di website (Seperti Lazada)

Dan payment akan dibuat selalunya menggunakan Kad Kredit atau Paypall.

Kecuali untuk produk dengan harga lebih dari $1000, maka perlu disediakan “Phone Support” untuk meyakinkan prospek untuk membeli.

Tetapi jika anda menjual dengan nilai $500 kebawah, pasaran US/EUROPE lebih selesa menggunakan kaedah “Add To Cart” ini. dan anda boleh memulainya dalam kategori ini.

Jadi, jika anda berminat nak buat jualan di pasaran US / EUROPE, anda WAJIB mempunyai kedai online yang mampu menerima order dan membuat pembayaran menggunakan kredit kad dan paypal

 

Platform Kedai Online

Anda mesti ada Kedai Online untuk buat bisnes international dropshipping ini, tujuannya:

  • Meletakkan senarai produk yang anda jual di website
  • Menerima tempahan daripada pelanggan
  • Memproses pembayaran menggunakan kad kredit atau paypal
  • Memberikan Post Tracking kepada pelanggan anda

Ada banyak platform kedai online yang boleh anda gunakan, tetapi hanya ada 2 sahaja yang saya rekomen kepada anda

 

1. Shopify.com

Shopify Website

Source: Shopify

 

Ini paltform paling popular dikalangan usahawan international dropshipping.

Anda perlu keluarkan kos bulanan dan transaction jika hendak menggunakan platform ini.

Sebab apa, Shopify sangat mudah dan practikal. Anda tidak akan dipeningkan dengan system coding dan benda-benda teknikal yang terlalu menyusahkan.

Jadi, anda tak perlu risau tentang hosting, traffic yang tinggi, server down, dan macam-macam masalah lainnya.

Anda hanya perlu register dan dapatkan free trial sebanyak 14 Hari dan buat jualan pertama anda di sini

 

2. Woocommerce.com

WooCommerce

Source: Woocommerce

 

Woocommerce merupakan sebuah plugin percuma.

Walaupun percuma, anda perlu membayar Hosting setiap bulannya. Makin tinggi traffic visitor, makin tinggi pula kos hosting yang perlu anda bayar.

Platform ini sesuai jika anda faham tentang kod-kod programming, sehingga memudahkan anda untuk membuat website yang cantik dan sesuai dengan cita rasa anda sendiri.

Jika anda pemula, woocommerce bukan pilihan yang sesuai untuk anda kerana anda perlu belajar lebih mendalam tentang proses installation, hosting, plugin dan benda-benda teknikal lainnya. So, bila nak mulai bisnes nya jika anda fokus dekat benda-benda tu? :3

Jika anda bertanya dekat saya, saya akan sarankan kepada anda untuk menggunakan Shopify sebagai paltform kedai online anda. Anda boleh register dan dapatkan 14 days trial di sini

 

Supplier

Benda yang paling kritikal dalam bisnes Dropshipping ialah, memilih produk yang sesuai dan supplier yang bagus.

Jika anda ingin membeli dari China, anda boleh mencari produk dan supplier di Aliexpress.com

Selain produk yang dijualnya pelbagai, anda juga dapat mencari produk dengan harga yang berpatutan dan boleh dibeli walaupun 1 unit, sehingga anda dapat menjualnya semula dengan margin yang tinggi dipasaran US/EUROPE.

Aliexpress Web

Source: Aliexpress.com

 

Bukan hanya Aliexpress. masih banyak lagi website-website China yang boleh anda gunakan untuk mencari supplier produk anda, seperti:

Anda boleh tengok website-website ini dan melakukan kajian mana satu produk yang terbaik yang boleh anda jual dalam bisnes dropshipping ini.

Dekat sana, ada jutaan produk yang boleh anda pilih, sehingga anda akan pening sendiri mana satu produk yang sesuai.

Dalam bisnes Ecommerce, anda tak boleh suka-suka memilih produk.

Harus selective dan hati-hati, dan fokus dekat produk yang betul-betul ada permintaan.

Jika tidak, anda akan sukar mencari pelanggan semasa proses pengiklanan nanti menggunakan Facebook.

Dan di Facebook, kita menggunakan Facebook Ads (Paid Advertising) untuk mendatangkan pelawat ke kedai online kita, yang mana kita akan mengeluarkan kos untuk buat FB Ads ini.

Jadi, jangan salah pilih produk, yang tujuannya ingin untung, malah jadi puntung kerana salah pilih produk

Salah dalam memilih produk, maka akan menyebabkan sukar mendapatkan jualan dengan Fb Ads

Jadi, dalam praktikalnya, jika anda ingin memulakan bisnes international dropshipping, anda mestilah kene tahu 7 langkah ini:

Langkah bisnes Dropship

  • Kaji niche dan produk di niche tersebut yang tengah TREND dan POPULAR
  • Tentukan Supplier yang dijadikan sebagai rakan bisnes anda
  • Upload gambar dan copywriting produk yang di sediakan supplier anda ke dalam kedai online anda (Tak perlu beli produk)
  • Promotkan produk tadi menggunakan Email, SEO, Facebook Ads, Google Adwords dan sumber traffic lainnya, tujuannya untuk mendatangkan audience ke kedai online anda
  • Terima order dari pelanggan anda dengan nilai $50 (Harga jual anda tetapkan sendiri berdasarkan produk yang anda pilih)
  • Anda menempah ke supplier dengan harga reseller iaitu $20 (harga berbeza mengikut produk yang anda pilih), disini anda telah dapatkan untung kasar $30 (RM122).
  • Supplier akan postkan produk tersebut atas nama kedai anda kepada pelanggan anda yang telah menempah

 

Menarik bukan?

Pada artikel seterusnya, saya akan kongsikan lebih mendalam berkaitan bisnes dropshipping ini, seperti:

  1. Tips Memilih Produk Hot dan Supplier di Aliexpress (Yang telah terbukti terjual)
  2. Cara mendapatkan Audience Targeted untuk Iklan FB Ads (Passionate audience)
  3. Bagaimana mengkaji INTEREST berdasarkan location dan behaviors audience
  4. Strategi untuk spy iklan pesaing (Copywriting, Photo, video dan website)
  5. Mencari konten promosi yang viral untuk mendatangkan traffic ke website anda
  6. Strategi-strategi menarik lainnya 🙂

Jika anda nak dapatkan update artikel seterusnya secara percuma, anda boleh join di sini kerana saya akan kongsikan artikel seterusnya di sini

Oh ya, konten saya share ini, anda boleh guna juga untuk buat bisnes dropship di Malaysia. Sebab, international dropshipping atau lokal dropshipping masih menggunakan konsep yang hampir sama.

Jadi, jemput join di sini untuk belajar lebih mendalam tentang topik-topik yang akan saya share seterusnya 🙂

Saya perlu habiskan 30 minit untuk siapkan 1 artikel ini, Anda hanya perlukan 3 saat untuk share artikel ini

Jangan lupa klik butang share di bawah, siapa tahu dengan anda share artikel ini akan menjadi pembuka rezeki bagi rakan-rakan kita lainnya 🙂

 

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Comments Below

Sila Komen Di Sini