Bagaimana nak pastikan iklan kita dapat ROI tinggi? Kalau boleh, spend RM10 dapat RM100, RM200 atau RM300 etc

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana sebenarnya otai-otai FB Ads buat duit menggunakan FB Ads dengan mudah?

Result-Canvas-Retargeting-Ads-1

Nampak macam "HYPE" kan statement ni? Tapi sebenarnya.. anda boleh buat bila guna strategi yang betul.

Yang paling penting, anda hanya perlu faham fundemental dalam beriklan.

Tak kisah anda guna FB Ads, Google Adwords, Instagram Ads etc. Jika anda tahu strategi ini, anda boleh buat duit

Tapi, masalah nya berapa ramai yang betul2 follow strategi ini sampai menjadi?

Pernah dengar istilah “Money on the follow up?”

Ya,, macam cliche je ayat ni kan?, tapi betul..

Menurut kajian, prospek akan sedar dan tertarik dengan anda selepas tengok iklan anda lebih dari 7 kali. 

Soalannya, berapa kali anda paparkan iklan kepada prospek anda?

Kajian lain pula, rata-rata usahawan akan berhenti selepas buat follow up 2 kali. (adakah anda pun macam tu?)

Sekarang, anda dah nampak kenapa ramai prospek tak berminat?

.. dalam bahasa kasarnya ialah tak "membeli produk anda?"

Jadi, apa yang patut anda buat untuk pastikan setiap Investment anda dalam FB Ads dapat buat duit, ialah:

Pastikan 1 Element ini anda buat dalam setiap kempen anda, iaitu:

“Retargeting”

Apa bende Retargeting ni?

Fb Ads Retargeting

Image Source: webmastersmelbourne

Retargeting ni ialah proses memaparkan iklan baru kepada audience yang dah pernah engaged dekat kita.

Contoh, Anda nak paparkan iklan jualan kepada audience yang dah berkunjung ke website anda.

atau, anda nak paparkan iklan testimoni kepada audience yang pernah buka iklan canvas anda. Faham?

Tengok ni result selepas menggunakan iklan Retargeting..

Retargeting-Result

ROI 1,322% (Kos iklan RM776 dan Sales Rm11,035)

Ini salah satu result iklan canvas selepas buat iklan retargeting.

Saya perlu keluarkan kos RM11 untuk dapatkan 1 jualan (RM167).

Ini, bermaksud,, setiap RM1 yang saya laburkan dekat FB Ads, saya dapat pulangan RM14

(Disclaimer: ini tidak termasuk kos2 overhead yang lain)

So sekarang, bagaimana nak susun funnel supaya iklan retargeting ini dapat meningkatkan ROI jualan?


1. Buat iklan menggunakan canvas

Dalam kes ini saya nasihatkan anda menggunakan Facebook Canvas sebagai platform untuk buat iklan jualan anda.

Sebabnya ialah Fb Canvas ni dapat track audience yang dah bukak iklan canvas dan audience yang klik link yang ada di dalam Canvas.

Jika anda nak tahu lebih mendalam pasal FB Canvas, Klik sini untuk baca

Dan sekiranya anda nak tahu bagaimana saya buat jualan 5 angka seminggu menggunakan FB Canvasboleh klik sini untuk baca artikel penuh.

.. ok kita teruskan

Jadi, iklan Canvas pertama ini tujuannya untuk tarik seramai mungkin audience buka dan baca iklan canvas anda ini.

Dalam iklan canvas jualan ini, anda boleh letak semua maklumat mengenai produk anda.


2. Setup Custom Audience

Sekarang kita buat 4 Custom Audience :

  • Open Canvas 7 Days dan 10 Days
  • People who engaged with your page 7 Days dan 10 Days
Custom Audience

Dengan Custom Audience ni, kita akan kejar dan SAKA audience yang buka canvas tadi dengan iklan Retargeting selama 10 Hari !


3. Siapkan canvas content retargeting

PCC Retargeting Funnel

Jika anda perhatikan flow di atas, buat sekurang2 nya 4 iklan canvas baru dengan topik yang berbeza. Lagi cantik 6-10 post baru.

Tak ada idea nak buat post apa? Anda boleh buat post pasal testimoni, review, case study, tutorial, artikel, behind the scenes, soft selling, discount 10%, free postage etc.

Canvas konten 1, 2 dan 3 ialah canvas yang akan di paparkan pada 1 hingga 7 hari selepas audience tengok iklan canvas jualan.

Sedangkan Canvas hardsell pula, akan dipaparkan pada 8-10 hari berikutnya.


4. Buat iklan web canvas conversion

Sekarang buat iklan baru dengan objective Web Conversion dan pilih optimize for Purchase.

Dekat sini, kita nak minta Facebook untuk carikan orang yang akan membeli produk kita dengan kos iklan yang minima.

PCC Retargeting Canvas Funnel

Dalam 1 Campaign, terdiri dari 2 Adset.

  • Adset 1 ialah untuk custom audience 7 hari. Dalam Adset 1 ini pula terdapat 3 ads yang merupakan Canvas Content 1, 2 dan 3

    Kenapa 3 Ads? tujuannya supaya dalam masa 7 hari tu audience dapat konten yang berlainan setiap hari.

Adset Retargeting 1
  • Adset 2 pula khas untuk custom audience 10 days (dan exclude custom audience 7 days).

    Tujuannya kita nak paparkan iklan ini pada hari ke-8 hingga hari ke-10.

    Dalam Adset 2 ini terdapat 1 ads yang merupakan Canvas Hardsell.

    Nasihat saya, dalam Adset ini anda letak pelbagai image cover FB Ads, supaya audience tidak boring tengok iklan yang sama dalam fasa retargeting hardsell ini.
Adset Retargeting 2


5. Tunggu sales masuk

Dekat sini. anda hanya perlu menunggu sales masuk dari iklan anda. Aumm !!

Alhamdulillah, dengan strategi ini saya dapat menghasilkan jualan di Canvas dan FB Ads dengan kos yang minima.

Tak percaya? Sila test dan buat sendiri 🙂

Result Ads Retargeting

Jika anda nak belajar lebih mendalam bagaimana nak buat Canvas Ads Retargeting ini,

Kebetulan saya ada sediakan video panduan step by step bagaimana anda boleh belajar dan buat strategi ini.

Dalam video panduan tu, saya juga akan tunjukkan kepada anda flow process dari awal bagaimana nak setup iklan canvas yang profitable.

Apa yang saya share ini hanyalah 5% daripada keseluruhan ilmu dan strategi yang saya akan kongsikan dalam video panduan canvas conversion dibawah ini.

Modul Canvas Conversion

Jika anda berminat, anda boleh klik sini.

Oh ya,, harga video panduan ini masih dalam tempoh promosi early birds, jadi grab sekarang sebelum harga naik !

- Semoga bermanfaat

Zaki Amiril Adinda

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.
Shares
Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Comments Below

Sila Komen Di Sini