Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

 

Beberapa hari yg lepas, saya menerima mesej dari salah seorang student Likemethod yang berkongsi cerita bahawa dia tidak sanggup lagi untuk membuat Ads disebabkan kekangan modal yang terhad, tambah lagi KOS PAGE LIKE mulai dari 50 sen hingga ada yang cecah RM7 utk satu LIKE. Fuuh.. kalau nak kumpul 25,000 likers bermakna kene keluar kan bajet iklan RM12,500 !

 

Saya tahu dia sekarang mempunyai masalah untuk kumpulkan fans di facebook , sekarang ini untuk kumpulkan page likers di FB bukan lah seuatu yang murah dan cepat. Peniaga online terkadang memerlukan modal yang besar, masa yang panjang untuk meningkatkan jumlah likers yang beribu-ribu hingga ratusan ribu

 

Selepas itu, saya kongsikan TIPS ini, yang mana TIPS ini tidak pernah saya kongsikan kepada orang lain lagi. Saya ajar dia utk convert fb personal menjadi PAGE, dan make sure friendlist dari fb personal tu adalah targeted. Jadi, jika dia ada 5 acc fb personal, masing2 ada 5000 friendslist, yang mana 5 acc ini boleh di convert dan merge kan menjadi 1 Page targeted dengan likers 25,000!

 

Jadi macam mana nak buat dan kira?, ok tengok ni

25,000 Followers / 5 acc fb personal = 5,000 friendlist / acc,

 

Jika sehari 1 acc boleh add 80 orang. Maka,

 

5,000 friendlist / 80 orang = 63 Hari (2 Bulan),

 

Jadi, anda hanya perlukan 2 bulan sahaja untuk dapatkan page likers 25,000 !

Menarik? Teruskan baca 🙂

 

Saya harap anda dah faham konsep tu, tapi sekarang. Macam mana cara untuk cari TARGETED FRIENDS FB? Untuk step ni, saya selalu menggunakan software hantu dari ocommonity suite, boleh check disini > hantu.teknikpemasaran.com

 

Sebab software ini boleh mencari audience targeted, mulai dari nama, email, alamat, pekerjaan, interest dan lain2. Software ini juga memudahkan saya untuk add friends dengan menggunakan Schedule taks, bermakna saya tak perlu duduk depan laptop 24 jam. Just tinggal setting dan software tersebut berkeja sendiri.

 

3 TEKNIK UNTUK SAYA DAPATKAN TARGETED FRIENDS

 

Apa yang saya kongsikan ini adalah cara yang saya gunakan untuk add TARGETED FRIENDS dalam niche Internet Marketing. (Sesuaikanlah dengan produk anda)

 

+++

TEKNIK 1 : FACEBOOK GROUP

+++

add friend from group

Ini lah antara kelebihan jadi pengumpul produk digital. Dah beli panduan ratus-ratus kan, for sure korang akan dimasukkan dalam group support. Apa tunggu lagi?

 

Add lah member yang ada dalam tu. Mereka ni ialah golongan yang terbukti SANGGUP & DAH SPEND beratus mahupun beribu ringgit duit untuk belajar pasal IM. Makin mahal nilai group tersebut, makin tinggi KUALITI friends yang saya dapat.

 

Andai kata group tu ada contohnya 10000-11000 member macam LikeMethod atau Geng STP (Opssss, terbocor rahsia). Korang pergi kat post yang banyak like, add yang like post tersebut sahaja. So, dari 10000-11000 member tu, kita dapat tapis yang lebih berkualiti lagi…

 

Siyes, teknik ni sangat POWERFULL. So, carilah group-group yang berkait dengan produk anda. Cari lah group yang rasa target prospek anda ada kat situ, add mereka yang like post dalam tu supaya dapat yang targetted.

 

 

+++

TEKNIK 2 : FACEBOOK PROFILE

+++

Add Friends from sifu

Selain daripada Facebook Group, profile pun antara sumber untuk saya dapatkan friends ni. Terutama bagi yang baru nak start and tak join mana-mana group berbayar lagi, korang boleh try teknik ni.

 

Untuk teknik profile ni biasanya saya akan cari nama-nama besar & sifu2 dalam Niche IM ni macam Tuan Muhamad Suffian Salahudin , Khairi Ariff & lain2.

 

Kalini senang saya just akan add sape-sape yang likepost2 sifu tersebut berkenaan bisnes. Andai kata dia ada buat offer apa-apa yang berkait dengan IM & ramai yang komen, orang yang komen tu lah saya akan dahulukan sebab mereka ni ibarat ikan yang dah dipukat. hahaha

 

Kena rajin-rajin la perhatikan post-post yang disuruh komen ‘nak’ atau ‘pm’ tu. Tapi kalau orang tu tengah promote produk yang sama dengan kita, jangan la pergi offer bonus kita kat diorang pulak. Tu tak BER-ETIKA namanya.

 

And bila dah friends dengan geng-geng niche sama dengan kita ni, selalu-selalu lah tengok post diorang jugak. Boleh je add orang yang like & komen status diorang. Tak semestinya nak copy follower Sifu-sifu je. Sebab kadang-kadang prospek kita tak kenal lagi sifu-sifu ni tapi berminat sangat nak belajar.

 

 

+++

TEKNIK 3 : FACEBOOK PAGE

+++

Add Friend from page

Okey, ni teknik last. Basically sama je dengan teknik Facebook profile tadi. Contohnya kalau dalam niche IM, boleh pergi ke FB SifuFbAds, Azizan Osman, Irfan Khairi and add lah golongan-golongan yang like & komen post mereka tu. So far, the best is Sifufbads.

 

Menggunakan software hantu, saya boleh tahu fans2 yang enganged dalam rentang masa tertentu. Seperti 1 minggu yang lepas, atau satu bulan yang lepas. Sebab, fans yang aktif dan yang engaged adalah target audience yang terbaik.

 

Dengan 3 teknik yg saya kongsikan. Anda dah Save RM12,500 untuk page likers sebanyak 25,000. Anda dah nampak sekarang ini?

 

Bayangkan, berapa banyak masa dan wang yang anda telah jimat kan sekiranya anda mengikuti step-step seperti ini. Jangan biarkan pesaing anda tahu teknik ini dan tingkatkan followers mereka lebih pantas dari pada anda.

 

Jika anda bertindak sekarang, mungkin 2 bulan dari sekarang, anda sudah mempunyai page likers sebanyak 25,000 !

 

Menarik? Kongsikan TIPS ini 🙂

=============

 

Nak saya tunjukkan satu software yang boleh search audience, search group, search page yang targeted, dan mampu add friend secara auto tanpa harus kita duduk depan laptop 24 jam? Klik SINI

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.