Selepas pilih objektif, perkara pertama yang kita akan jumpa ialah targeting.

Targeting akan tentukan kepada siapa iklan kita akan ditunjukkan.

Walaupun anda guna gambar yang menarik perhatian dan sales copy yang meyakinkan.

Targeting yang tidak tepat akan buatkan iklan anda ditunjukkan pada orang yang salah, kos iklan melambung dan jumlah jualan yang sedikit.

Dalam blog post ni saya akan kongsi 3 tips atau punca idea targeting yang anda boleh gunakan semasa nak buat campaign Facebook Ads nanti.


1. Passionate Audience

Untuk buat jualan berterusan, anda kena target audience yang passionate.

Saya beri 1 contoh, katakan saya seorang penjual produk kosmetik.

Step pertama, saya akan pilih (at least) 3 kategori yang relevant dengan niche saya.

Kategori ni juga digunakan untuk define ciri – ciri target audience saya.

Untuk jual produk kosmetik, Saya nak target wanita berumur 25 – 44.

Audience ni suka shopping online, cosmetic products dan follow public figure yang related to beauty.

Di bawah ni adalah contoh, jadi saya akan pilih;

  • Cosmetic brand = Simply Siti
  • Shopping site = Fashionvalet.com
  • Public Figure = Neelofa

Berdasarkan targeting diatas,

... anda boleh lihat yang audience saya ada interest pada cosmetic, suka shopping dan suka pada public figure yang related dengan beauty.

“Eh tapi bro, fashionvalet.com tu bukan cosmetic kan, tu fashion..”

Iyo, den tau.

Tapi takkan lah orang yang like page FashionValet.com tu dedicate seumur hidup dia untuk shopping kat sana je.

Apa yang penting ialah relevancy dan past behavior.

Contoh kedua, lets dive deeper.

Katakan lah saya nak promote email marketing service saya pada syarikat di USA.

Ciri – ciri audience saya ialah:

Seorang business owner yang suka baca magazines related to business, follow top marketing coaches dan dia guna email marketing software.

Jadi interest yang saya akan target ialah:

  • Magazine: Forbes, Inc
  • Coach: Neil Patel, Brian Dean
  • Software: Mailchimp, Convertkit


2. Saiz Audience

Saiz untuk audience bergantung kepada bajet anda but here is a benchmark as recommended by Facebook Ads experts.

Small budget = 300k – 600k manakala untuk big budget pula 500k – 1.5M.

Kalau bajet iklan anda RM50/day, small lah tu.

Kalau spend RM200/day atau lebih, anda boleh guna targeting up to 1.5M.

So, apa jadi kalau audience anda lebih daripada 1.5 juta atau kurang dari 300k?

Lebih dari 1.5 juta tu terlampau wide, tak specific!

Bawah 300k tu kecik sangat pula.

Kalau pergi memburu, nanti sesat kalau hutan tu besar sangat. Kalau kecik sangat pula, pusing – pusing jumpa benda sama.


3. Range Umur

Mula – mula, pergi ke audience insights. Set location kepada Malaysia atau negara yang anda nak target.

Copy semua interest dan paste ke dalam targeting box disebelah kiri.

Sekarang anda dapat lihat majoriti range umur audience anda dalam halaman tersebut.

Diatas ialah contoh untuk audience yang saya buat untuk cosmetic product tadi.

Majoriti adalah perempuan berumur 18 – 44 tahun.

Tapi.. Personally, saya akan start target audience yang berumur 21 atau 25 ke atas (bergantung pada niche) kerana range umur tersebut lebih financially available.

Anda tak perlu bajet yang besar untuk jana keuntungan yang berlipat kali ganda regardless of apa yang anda jual.

Dengan targeting yang tepat, saya jana RM9 untuk setiap RM1 yang saya belanjakan pada Facebook Ads.

Anda boleh zoom in untuk lihat data dalam gambar dibawah.

Apa yang penting ialah anda mesti deliver ads pada audience yang kisah dan mahukan produk anda.


So, jom recap apa yang kita dah baca tadi:

1. Guna kategori dan interest yang define ciri – ciri target audience anda.

Nak jual barang superbike? Lelaki 30 – 40an, like page Yamaha, Valentino Rossi dan Moto GP.

2. Gunakan saiz audience yang betul mengikut bajet anda. Jangan wide sangat, jangan terlalu kecil.

3. Guna audience insights untuk cari range umur, so tak payah lah nak buat 3 iklan yang sama untuk umur 20 – 30, 40 – 50.

Terima kasih kerana membaca blog saya, jangan lupa untuk subscribe dan tinggalkan komen kalau anda ada sebarang soalan. 


NAK BELAJAR LEBIH MENDALAM?

Sebenarnya, saya ada sediakan satu video panduan bagaimana nak hasilkan traffic yang berkualiti dan tukarkan audience menjadi pelanggan.

Apa yang saya share dalam blog ini hanyalah 5% sahaja daripada keseluruhan konten yang anda akan belajar dalam Video Panduan FB Ads Game Plan.

Saya juga akan bongkarkan kesalahan no 1 ramai marketers selalu buat dalam pemasaran Facebook Ads mereka.

Jika anda masih baru pertama kali mendengar pasal Facebook Ads Game Plan ni, anda tak perlu risau.

Sebab saya akan kongsikan step by step tutorial videos, lengkap daripada A – Z untuk bina high converting sales funnel.

... mulai dari setup pixel, custom audience, conversions sampai la ke iklan terakhir.

Selepas anda tengok video panduan ini,

  • Anda akan kuasai bagaimana teknik untuk pasarkan produk anda pada the right audience dan shift mindset prospek kepada fasa jualan.
  • Anda akan belajar strategi bijak untuk educate dan bina relationship dengan audience melalui follow up dan retargeting yang strategik.
  • Anda akan tahu cara tested & proven strategy untuk convert prospek menjadi pelanggan supaya anda boleh hit target ROI anda.
  • Anda akan tahu bagaimana nak rinse and repeat untuk jana high quality traffic dan sales untuk jangka masa panjang.

Kalau anda seorang business owner atau peniaga online yang nak hasilkan leads dan sales dari Facebook secara konsisten dan berbaloi, maka program ni sesuai untuk anda.

Ianya direka khas untuk beginner dan intermediate FB marketers yang ingin capai results yang lebih baik.

> Klik sini untuk join dan letupkan sales anda bulan ni dengan Strategi Facbeook Ads Game Plan <

Jadi, ini peluang anda untuk belajar kukuhkan marketing game plan dan belajar bagaimana anda boleh gandakan peluang untuk sedut lebih ramai pelanggan,

... dan buat lebih banyak jualan serta defeat pesaing anda.

Jumpa anda di member area !

Ps: Artikel ini ditulis oleh rakan saya, Baem Ashrawi


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.
Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Comments Below

Sila Komen Di Sini