Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.
Hallo.. Jumpa lagi dengan saya, Zaki Amiril di sini. Aum ! Pernah jumpa iklan saya ni? hehehe
Hari ni saya sangat-sangat Excited sebab pada artikel kali ini saya akan berkongsi kepada anda bagaimana 1 iklan Fb Ads ini berjaya mendapatkan 1000 Database emel prospek dalam tempoh 40 hari. Oh ya, ini first time saya gunakan teknik kumpulkan database emel. Jadi tu yang saya sangat-sangat excited nak share kepada anda macam mana nak buat. haha
Saya nak bagitahu awal-awal. There is no instan result, ok. Semua yang saya buat ini ada proses nya, ada ilmunya, bukan main hentam je dan buat terus jadi macam ni.  Ada 4 fasa yang saya gunakan dalam proses kumpulkan database emel ini:

  1. Fasa Persiapan
  2. Fasa Awarness
  3. Fasa Percubaan 
  4. Fasa Pengiklanan (Leads)

Fasa Persiapan

  • Cari satu topik konten yang berkaitan dengan produk yang nak di jual. Macam saya, saya mempromosikan pembelajaran FB Ads melalui program likemethod. Jadi saya akan carikan masalah-masalah yang related dengan FB Ads. Caranya:
  • Masuk ke group, komuniti dan forum-forum tempat prospek saya melepak. Dalam kes ini prospek saya ialah peniaga online, saya akan masuk kedalam group-group pemasaran online. Saya akan tengok semua posting-posting dalam group / forum tersebut, tengok dan perhatikan apa masalah yang mereka selalu tanyakan disana.
  • Saya dapati, mereka ni ada masalah tak tau nak mencari “Interest” yang akan di gunakan dalam detailed targeting Fb Ads. Mereka tak tahu macam mana nak buat research interest yang betul, tak tahu apa nak buat jika page pesaing tidak boleh di jadikan Interest dan tak tahu kenapa Interest tak berkesan.
  • Jadi, tugas saya ialah memberikan mereka panduan macam mana nak selesai kan masalahnya dengan mudah. Boleh gunakan Ebook, Video, Podcast atau blog, terpulang kepada anda mana yang sesuai. Kalau saya, saya akan pilih Ebook, sebab senang nak buat.
  • Ini Ebook yang saya buat. Saya akan pastikan Ebook ini singkat, padat, dan boleh di pratikkan selepas membaca Ebook ni. Tak perlu panjang-panjang, 10 muka surat pun dah cukup.
  • Sekarang Ebook dah siap, tapi saya tak tahu nak bagi dekat siapa Ebook ini tadi. Dari 22 Juta pengguna FB di Malaysia, saya tak tahu mana satu peniaga-peniaga online di Malaysia ni menggunakan FB Ads?
FASA AWARNESS

  • Dalam fasa ini lah, saya mencari peniaga-peniaga online Malaysia yang menggunakan FB Ads. jadi, saya akan buat video tutorial tentang Facebook Ads. Video ni dalam 17 minit macam tu, haha panjang betul
  • Nah, inilah kelebihan Facebook, dia boleh rakam sesiapa sahaja yang pernah tengok video tu tadi. Dah pasti la mereka yang habiskan masa sehingga 17 minit ialah orang-orang yang berminat dengan topik FB Ads. kan?
  • Lepas tu saya akan buat custom audience orang-orang yang pernah tengok video saya lebih dari 75%, tujuannya sebab saya nak tapis audience-audience yang betul-betul berminat dengan topik FB Ads sahaja
  • Kemudian dari custom audience, saya akan buat lookalike audience. Maksudnya, saya minta Facebook carikan orang-orang yang mirip dengan orang yang dah tengok video saya tadi.
  • Tadaa, sekarang saya dah ada audience sebanyak 213,000 orang yang mirip dengan orang yang tengok video FB Ads saya tadi dan boleh di jadikan targeting dalam pengkilanan saya nanti.
Fasa Percubaan

  • Ebook dah ada, audience dah ada. Sekarang saya nak test copywriting dan gambar dulu. Nak pastikan Ebook ni betul-betul ada permintaan.
  • Cara nya, saya akan share ke dalam group-group tempat prospek saya lepak atau dekat Fb personal saya sendiri.

 

  • Ini ayat copywriting yang saya gunakan semasa fasa percubaan:

Ada tak rakan2 saya ni pengguna FB Ads? . Saya tengah menyiapkan Ebook tentang “Teknik Menggali Interest FB Ads” – Cara efektif mencari interest semudah ABC. (Percuma je) . Dalam Ebook ini saya berkongsi bagaimana pengalaman saya mencari interest tak lebih dari 10 Minit tanpa menggunakan sebarang software. . Mungkin anda pernah mengalami keadaan di mana page pesaing anda tidak boleh di jadikan interest, atau anda perlukan banyak interest untuk split test atau scaliing, betul? . Jadi dalam Ebook ini saya bongkarkan Tips dan Trick macam mana nak selesaikan masalah macam tu ! . Antara intipati yang anda akan belajar ialah: . 1. Cara mencari Interest yang sama dengan page pesaing anda (Contoh: Interest apa yang similar dengan Azizan Osman) . 2. Cara mencari interest berdasarkan profile fb seseorang (Contoh: interest apa yang di follow oleh Neelofa) . 3. Cara mencari Interest berdasarkan Jantina (Baik lelaki atau perempuan) . 4. Cara mencari interest berdasarkan umur tertentu dan range umur tertentu . 5. Cara mencari interest berdasarkan lokasi audience, mulai dari bandar, negeri bahkan negara ! (Contoh: nak cari interest bagi penduduk Shah Alam, Selangor atau Malaysia) . 6. Cara mencari interest berdasarkan tempat kerja audience (Contoh: nak cari interest yang di follow oleh pekerja maybank) . 7. Cara mencari Interest yang di follow oleh members sesuatu group (contoh interest dari ahli group terbaik e-store) . 8. Cara mencari Interest berdasarakan rakan-rakan di FB . 9. Cara mencari interest berdasarkan orang yang follow page tertentu (Contoh interest yang di follow oleh audience dari page sifufbads) . . and more.. . . Adapun Ebook ini saya explain secara step by step + gambar ! Ebook ni pun tak de laa tebal mana, dalam 26 pages sahaja. . . satu lagi, dalam ebook ni, saya tak ajar anda cara mencari interest menggunakan: – Audience Insight – Ads Manager – Power Editor – Software – Plugin . Tetapi dengan cara………… Rahsia laa,, haha.. semua ada dalam ebook tu  . Kepada yang sudi untuk baca dan review sila. PERCUMA je, tak perlu bayar apa2. . 1. #Share post ini supaya ramai orang dapat manfaat 2. #komen “SAYA DAH SHARE” 3. Lepas tu download dekat sini > http://teknikpemasaran.com/ebook-menggali-interest/ . Terima kasih 

  • ini pula contoh gambar yang saya gunakan, simple je kan? hahaha
  • oh ya, menerusi percubaan ini, saya berjaya mendapatkan 49 Emel dengan kos ads RM0
Fasa Pengiklanan

  •  Selepas saya share Ebook ini, dan saya mendapatkan beberapa feedback yang positive dari prospek-prospek yang download Ebook tu. 
  • Apa lagi, dah dapat feedback yang bagus. Saya terus hentam buat iklan Fb Ads dengan objective Lead (untuk kumpulkan database)
  • Dekat Ad Set: Gunakan Looklike audience yang saya buat tadi pada fasa Awarness dan tambahkan targeting interest sifufbads. Macam mana saya boleh cari SifuFBAds? Anda download Ebook saya tu, nanti anda akan tahu cara nya macam mana haha
  • Masa ni saya letak bajet sikit je, dalam RM10 Sehari, sebab saya nak test dulu. Lepas 2 hari tengok result ok, terus saya naikkan menjadi RM15 sehari.
  • Ini Contoh iklan yang saya buat. Copywriting simple je, untuk gambar pula buat eye catching supaya orang bila scroll newsfeed, dia akan tengok iklan kita. hehe 
  • Selepas saya menjalan kan iklan FB Ads (Paid Reach) selama 2 hari, Ini hasil yang saya dapatkan: Total Leads: 100 Emel Amount Spend: RM18.76 Kos per lead: RM0.18
  • Adapun organic reach menggunakan profile FB . Total Leads: 49 Emel Amount Spend: RM0
  • So total leads yang saya dapatkan 149 Emel dengan kos RM18.76 Sahaja dengan kos per lead RM0.12. Alhamdulillah
  • Ini pula result saya selepas menjalan iklan dalam tempoh 40 hari. Total Leads: 1023 Emel Database Amount Spend: RM499.92 Cost Per Lead: RM0.49
  • Alhamdulillah, it’s good for me untuk permulaan 🙂
Apa kegunaan Emel ini?

  • Saya boleh gunakan untuk direct broadcast info-info penting berkaitan Online Marketing
  • Saya boleh gunakan Emel ini dalam autoresponder, supaya sistem auto follow up kepada semua prospek Emel saya
  • Saya boleh gunakan data emel ini untuk di jadikan Custom Audience dan Lookalike Audience untuk targeting Fb Ads
  • dan banyakk lagii..
Saya harap perkongsian saya ini dapat menjadi ilmu baru buat anda yang baru nak berjinak dalam online marketing Facebook Ads. Apa yang saya ajarkan ini bukanlah sesuatu yang baru, disebabkan semua ilmu-ilmu ini boleh anda dapatkan di internet. Cuma, ianya akan lagi berkesan sekiranya anda berada dalam satu komuniti yang mempunyai satu passion yang sama dalam buat jualan Online menggunakan Fb Ads. jika anda nak belajar lebih detail dan mendalam, saya sangat sarankan anda untuk bergabung dengan saya dalam program Like Method tribe. Di sana anda akan belajar strategi pemasaran online Facebook Ads yang proven. Dah ramai student-student di Likemethod yang telah buat jualan 5,6,7 Angka selepas join program ini. 
Ikhlas,  Zaki Amiril | TeknikPemasaran.com PS: Artikel ini hak cipta milik teknikpemasaran.com PSS: Bantu saya untuk share artikel ini supaya ramai orang mendapatkan manfaatnya.
Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Comments Below

Sila Komen Di Sini