3 Strategi Facebook Ads Untuk BOOST Jualan Produk Anda Lebih Banyak [Case study]

3 Strategi Facebook Ads

Hai semua, saya Zaki.


Ok, dalam blog ini saya nak kongsikan kepada anda 3 Strategi Facebook Ads untuk BOOST jualan Produk Anda 2-3X Ganda lebih banyak (berdasarkan pengalaman saya sebelum ini).


By the way, saya nak tunjukkan kepada anda ads manager report untuk iklan saya bulan lepas iaitu April 2018.


and,, BOOM !!!

Result fb ads canvas teknikpemasaran

Iklan saya yang satu ini berjaya hasilkan jualan sebanyak RM4,960 dengan kos iklan hanya RM298.46 sahaja !


ROI Iklan pula ialah lebih dari 1,500% !

ROI FB ADS 1500%

Ini bermaksud, setiap RM1 yang saya laburkan dekat iklan FB Ads, saya mendapatkan pulangan sebanyak RM16.


Hmm.. betul ke ni zaki?


Baiklah, saya nak tunjukkan pula campaign yang lain.


Masih pada bulan April 2018

Result fb ads canvas 2 teknikpemasaran

Iklan ini pula saya berjaya dapatkan jualan RM900 dengan kos iklan hanya RM41.98 sahaja !


Ini bermaksud, ROI Iklan ini ialah lebih dari 2,000%!


Jadi setiap RM1 yang saya laburkan dekat iklan, saya berjaya mendapatkan pulangan sebanyak Rm21.

Siapa kata Facebook Ads dah tak relevan dan sukar buat jualan?


Sebenarnya, strategi kita yang dah kurang berkesan di Facebook buat masa ni.


Strategi yang kita guna tahun lepas, tak semestinya WORKS tahun ini juga.


Algo FB kerap berubah tiap-tiap bulan sehingga memaksakan kita untuk mengubah suai strategi yang lebih baik.


Jika sekarang ni anda dah spend duit iklan yang banyak, tapi pulangan masih tidak berbaloi.


Mesti anda tertanya-tanya dekat mana silapnya, kan?


Saya pun sama macam anda, kos iklan mahal dan closing rate sangat rendah (rujuk gambar di bawah)!


Tapi itu dulu sebelum jumpa 3 strategi ini..

FB Ads Mahal

Jalan Penyelesaiannya ialah:


Sekarang saya akan tunjukkan kepada anda 3 strategi yang boleh anda gunakan HARI INI juga untuk dapatkan jualan 2-3X ganda secara berterusan di FB.


Anda boleh copy and paste strategi ni sekarang untuk letupkan sales anda Hari ini.


1. Ads Creative: Canvas


Pernah nampak iklan dekat smartphone, bila klik iklan tu laju semacam je? Hampir takde Loading,


Tup tup tup lepas anda klik anda akan nampak semua detail produk dengan paparan penuh (fully experience)


Ya,, yang tu lah di sebut sebagai Facebook Canvas.

Ringgit

Kalau anda nak tahu, algorithm Fb terbaru ialah lebih mengutamakan Engagement.


Salah satu ads creative yang mempunyai Engagement tinggi tetapi masih belum ramai orang guna ialah Facebook Canvas.


Anda boleh tengok video di bawah ini untuk tengok bagaimana bentuk iklan Facebook Canvas.


Mesti anda akan jatuh cinta 😍

Menarik kan? Hehe


Cara nak buat Facebook Canvas ni mudah sahaja:

  • Dekat Page anda, pilih update Photo / Video
  • Kemudian, pilih menu untuk “Create Canvas”
Create Facebook Canvas
  • Next step, anda akan di bawa ke laman “Canvas Builder” iaitu tempat anda untuk membuat Facebook Canvas
  • Pilih menu “Open Blank Canvas”, sekarang anda boleh upload semua info produk anda untuk di paparkan dalam Facebook Canvas ini.
Create Facebook Canvas 2

Iklan Facebook Canvas ni sangat menarik dibandingkan jenis ads creative yang lain.


Sebab, komponen yang ada dekat ads creative yang lain, hampir semua ada di Canvas

Component FB Canvas
  • Nak letak copywriting, gambar testimoni dan video produk? Boleh, anda tinggal pilih komoponen text block, photo dan video.
  • Nak letak link website atau whatsapp untuk order? pun boleh juga, anda perlu pilih komponen “button” dan lepas tu masukkan link yang anda nak letak.
  • Nak letak catalog produk-produk anda? yaa boleh juga, ini optional. Boleh anda aktif kan menggunakan komponen Product Catalog.
  • Nak letak maps kedai anda? juga boleh, anda tinggal pilih komponen Store Locator.


Jadi, anda boleh letak semua info pasal produk anda dalam Facebook Canvas ni dan tunggu order masuk !


Oh yaa, result iklan diatas tadi ialah menggunakan Facebook Canvas.



2. Pilih Objective Iklan “untuk orang membeli”


Eik, objective untuk orang membeli? objective apa tu Zaki?


Ok let me explain.

Jika nak iklan anda meriah, ramai orang komen PM, Like dan Share post? Maka pilih objective “Page Post Engagement”,,


..Facebook akan paparkan iklan kepada orang yg suka like, komen dan share.


Jika nak suruh orang tengok video jualan anda, maka pilih objective “Video View”, Facebook akan deliver iklan kepada orang yang suka tengok video di Fb.


Jika anda nak paparkan iklan kepada orang yang suka membeli, maka pilih objective iklan “Web Conversion” dengan optimized for “Purchase”.

Di sini, Fb akan paparkan iklan anda kepada audience yang suka membeli di Facebook.


Bagaimana Facebook tahu audience yang suka membeli?


Kerana Facebook akan track audience-audience yang pernah membeli di Facebook menggunakan Pixel tracking.


facebook pixels


Audience-audience yang macam ni laa yang akan di simpan dalam database Facebook.


Tujuannya untuk memudahkan Facebook paparkan iklan FB Ads jualan anda kepada audience yang mempunyai track record suka membeli di Facebook.


Jadi, objective iklan juga menentukan result iklan yang akan anda dapatkan.

Kalau tidak, kenapa Fb tak buat 1 objective iklan saja di Fb?


Make a sense?



3. Retargeting Ads (Wajib)


Pernah cari produk dekat lazada, lepas tu tak jadi nak beli?


Selang beberapa menit, iklan produk yang anda cari tadi muncul kat newsfeed facebook anda.


Then, anda pun terbeli. hehe


Prosess tu laa di sebut Retargeting.

Facebook-Retargeting

Dengan kata lain, retargeting ini ialah iklan yang di paparkan kepada audience yang dah pernah engaged dengan konten/website anda sebelum ini.


Contoh audience yang pernah engaged ialah orang-orang yang pernah tengok video, klik link website, komen di page, klik dan buka iklan canvas etc.


Dalam kes ini, saya nak anda pilih audience yang pernah tengok iklan Canvas tapi masih belum membeli.


Jadi, untuk mengumpulkan audience macam ni, anda perlu buat custom audience.


Dekat sini ada 2 custom audience yang anda perlu buat:

  1. Custom Audience orang-orang yang dah buka Iklan Canvas
  2. Custom Audience orang-orang yang dah Membeli produk anda


Tujuan buat 2 custom audience ini,,


..supaya iklan retargeting anda dipaparkan khas kepada audience yang pernah tengok iklan canvas anda, tapi belum membuat pembelian.


Anda perlu asingkan orang yang dah pernah membeli, supaya anda tak bazirkan kos iklan untuk orang-orang yang dah pernah membuat pembelian melalui anda.



1. Custom Audience - People Open Canvas


Yang pertama sekali, anda perlu buat custom audience untuk orang-orang yang dah buka iklan canvas anda.


  • Caranya mudah, anda hanya perlu pergi ke menu Facebook Ads > All Tools > Audience
Facebook Audience
  • Selepas itu anda klik Create Audience > Custom audience
Custom Audience
  • Lepas tu pilih menu “Engagement”, sebab Facebook Canvas masuk dalam kumpulan ads creative engagement.
Custom Audience Engagement
  • Step seterusnya ialah pilih menu “Fullscreen Experience”.
Fullscreen Experience
  • Pilih page yang anda nak, kemudian setting masa ke 7 hari.
  • Maksudnya dekat sini anda minta Facebook untuk track orang-orang yang dah buka iklan canvas anda dalam 1-7 hari terakhir sahaja.
  • Lepas tu pada menu “Select Specific Canvas” pilih Canvas mana yang anda nak di track.
  • Letak nama Custom Audience yang anda nak, lepas tu klik “Create Audience”

2. Custom Audience - Customer List


Step seterusnya anda perlu buat Custom Audience - Customer List (Orang-orang yang dah membeli products anda)


Dekat sini, yang anda perlukan ialah detail customer anda seperti Nama, Email dan No Phone mereka.


Ada banyak lagi detail yang boleh anda tambah seperti, Alamat, Nama Bandar, Poskod dan lain-lain.


Tapi untuk permulaan ni, Saya sarankan anda untuk siapkan senarai nama, email dan no phone pelanggan anda sahaja dulu dalam Microsoft Excel (.csv).


  • Step yang sama macam di atas, cuma pada menu Create Custom Audience, anda pilih Customer File
CA - Customer List
  • Selepas tu, anda pilih menu “Add Customers from your own file”
  • Apa yang patut anda buat sekarang ialah, anda perlu upload data customer yang telah di simpan dalam microsoft excel (.csv) tadi.
  • Kemudian anda type nama audience “Customer List”
  • Lepas dah siap, klik butang “Next”

Dekat sini, FB nak confirmkan balik data-data yang anda upload tadi.


Jadi, anda boleh kategorikan mana data email, mana data no phone dan mana data untuk nama.


  • Lepas anda dah kategorikan data-data tadi, klik “Upload & Create”

Pada masa ni, Fb akan ambik masa beberapa saat untuk upload data-data anda tadi.


  • Jika dah berjaya di upload, klik butang “Done”

Sekarang, 2 data custom audience tadi dah pun siap.


Apa tunggu lagi?

  • Buat iklan baru dengan objective Conversion
  • Abaikan semua setting, kecuali dekat kolum “Custom audience” sahaja
  • Pada kolum include, masukkan Custom Audience “Open Canvas 7 Hari” tadi
  • Sedangkan di kolum exclude, masukkan Custom Audience “Customer List”


Jadi, dekat sini anda meminta Facebook supaya memaparkan iklan retargeting kepada audience yang dah buka iklan canvas dalam 7 hari terakhir dan belum membeli.


Faham?


Dekat bahagian Ads pula,


Anda perlu buat sekurang-kurangnya 3 konten yang berlainan yang akan di jadikan iklan retargeting.


Dalam kes saya sebelum ini, saya akan letak 3 iklan baru seperti:

  1. Content Sokongan
  2. Bonus Percuma
  3. Last Offer Promotion


Terpulang kepada anda mana yang sesuai, anda pun tak semestinya follow 3 konten macam saya tu.


Anda boleh juga letak konten Iklan Retargeting seperti:

  • Free Shipping Promotion
  • Testimoni Pelanggan
  • Video review
  • Tutorial & Guide
  • Behind The Scenes
  • dan macam-macam lagi


Dengan iklan retargeting, kos untuk dapatkan 1 customer boleh dikurangkan dari 20-70% !

Sebagai contoh dekat gambar ads manager diatas, walaupun kedua-dua iklan menghasilkan jualan yang sama banyak.


Tetapi, setiap iklan mengeluarkan kos per purchase (kos mendapat 1 pelanggan) yang berbeza.


Iklan 1 ialah iklan yang dipaparkan kepada audience di Facebook. Untuk dapatkan 1 pelanggan saya perlu keluarkan kos iklan RM15+.


Sedangkan dengan iklan retargeting, saya hanya perlu keluarkan kos iklan separuh dari iklan pertama, iaitu RM7 sahaja untuk dapatkan 1 pelanggan!


Dekat sini, saya sudah jimat 50% bajet dengan membuat iklan retargeting.

 

Mudah kan? sekarang anda dah nampak keberkesanannya?



Sekarang giliran anda:


Untuk pengetahuan anda, strategi ini sudah saya gunakan dari tahun lepas, dan sampai saat ini masih WORKS !

Facebook Canvas Ads

Strategi yang sama telah membantu saya mendapatkan ROI 835% pada tahun lepas.

Ads Cost CCK

Iklan ini pula membantu saya mendapatkan jualan dengan ROI 745%.


Dalam blog ini saya dah share kan kepada anda 3 strategi yang saya gunakan untuk BOOST juala 2-3X Ganda di Facebook Ads secara berterusan.


Sekarang masanya anda untuk TAKE ACTION !


Sebelum saya tutup penulisan ini. Just for RECAP untuk anda lagi:

  1. Gunakan ads creative yang tinggi Engagement seperti Facebook Canvas
  2. Pilih objective khas untuk orang-orang yang suka membeli di Facebook a.k.a Web Conversion
  3. Money on the Retargeting bos.. Jadi, jangan abaikan part Retargeting Ads kepada audience yang dah engaged, tapi belum membeli.
  4. Sila tinggalkan komen dekat bawah untuk soalan dan Share blog ini supaya bermanfaat untuk orang lain juga.
Case Study RM17K Facebook Ads

Next post, saya akan share kepada anda bagaimana strategi iklan untuk hasilkan RM17K seminggu menggunakan Facebook Canvas Ads.


Berminat?


Sila tinggalkan komen “I Follow” kat bawah dan SHARE blog ini supaya lebih bermanfaat  

© 2018 www.teknikpemasaran.com  |  Disclaimer & Privacy Policy  | Term And Conditions