target iklan orang berduit

Cara Target Iklan Fb Ads Kepada Orang Yang Berduit

Bismillah, Hai Semua

Kali ini saya akan berkongsi kisah dari sahabat saya, saudara Hilmi Ahmad tentang cara target iklan Fb Ads kepada orang yang berduit dan berkualiti.

Berkualiti maksudnya saya akan filter semua audience yang saya anggap tidak atau kurang berpotensi utk memberikan pulangan ke atas iklan saya.

Contoh audience yang tidak berkualiti pada saya ialah seperti :

1. Warga asing ; Indonesia, Bangladesh dll

2. Budak-budak

3. Penganggur

 

Audience yang saya mahukan ialah rakyat Malaysia yang bekerja dan yang berminat dengan produk saya.

Jadi ini cara setting yang saya buat:

 

1. Detailed Targeting

Di dalam kotak Detailed Targeting, kotak yang biasa orang letakkan interest saya akan pilih DEMOGRAPHICS kemudian saya pilih WORK dan lepas tu saya pilih EMPLOYERS.

 

2. Kotak Employers

Di dalam kotak EMPLOYERS saya akan masukkan nama² majikan yang ada di Malaysia dan saya akan pilih mengikut apa yang FB akan suggest.

 

3. Gunakan Feature Suggestion

Contoh saya taip Kementerian nanti FB akan suggest banyak nama Kementerian sebagai employer (majikan). Untuk swasta pula saya akan masukkan majikan seperti Petronas,Astro,bank² di Malaysia dll

 

 

4. Sabar dan Tekun

Cara ini memerlukan kesabaran & ketekunan tahap tinggi dan jika rajin akan dapat lebih dari 100 senarai majikan di Malaysia dan lebih 500,000 audience.. Di sini saya tunjukkan beberapa majikan sahaja, telah mencapai saiz audience 210,000 (umur 20-45)

 

5. Placement “Mobile”

Jika ingin lebih targeted, anda boleh edit placement hanya untuk mobile sahaja, kajian mendapati bahawa pengguna Facebook lebih aktif di mobile phone berbanding desktop, (sebab majikan block server facebook dalam office kot hehe :p)

 

 

Senang saja sebenarnya. Dan saya dah dapat target audience orang yang betul² bekerja.

Jadi saya tak perlu risau kalau² ada mat bangla ke engage dengan iklan saya atau budak² Kpop ke atau cewek² seberang ke…Setel!

Kemudian

Saya nak lebih targetted kan lagi audience saya, saya nak cari audience yang berminat dengan produk saya

Saya akan klik NARROW AUDIENCE di bawah kotak tadi

Di situ baru saya masukkan Interest pula yang berkaitan dengan produk yang saya nak jual

 

 

Contoh, jika saya sekarang mempromosikan Training FB Ads.

Di dalam kotak itu saya akan taip keyword berkaitan bisnes dan online bisnes dan pilih mengikut apa yang FB suggest.

Sekarang saya ada highly targetted audience iaitu “Orang malaysia yang bekerja kerajaan & swasta yang berminat dengan Bisnes”, Mudah kan?

Teknik ini rasanya ramai yang dah mahir terutama org² lama, tapi utk mereka² yang masih baru dengan FB ads dan selalu pening tengok cewek² & cowok² meng’like’ iklan anda…. cubalah cara ini

====

Jika anda ada masalah macam ni:

  • Tak tahu nak TARGET siapa didalam iklan (Blurrr)
  • MALAS Nak Buat Kajian Pasal Targeting Iklan di Facebook Ads
  • Tak tahu KAEDAH untuk cari Audience Yang BETUL2 Sesuai untuk produk anda

Saya nak kongsikan kepada anda RAHSIA bagaimana nak gali RIBUAN INTEREST TARGETING untuk Facebook Ads dengan mudah dan pantas.

>> KLIK SINI SEKARANG

5 thoughts on “Cara Target Iklan Fb Ads Kepada Orang Yang Berduit”

Leave a Comment

Shopping Cart