Kempen FB Ads ni saya jalankan pada Q2 tahun 2018, lebih kurang sebulan sebelum raya aidilfitri.

Produk dalam case study ini adalah produk homemade, dimana saya buat semuanya dari awal dengan bantuan dan nasihat dari pakar.

Selepas buat persediaan, saya terus tempah semua bahan yang diperlukan secara online.

Lebih kurang dalam seminggu untuk barang – barang ni sampai dari pelbagai pembekal dalam dan luar negara.

Tentang Produk

Ilham untuk buat Dead Sea Mud Mask ini datang daripada brand Lush.

Saya sangat tertarik dengan keunikan produk dari Lush iaitu Ocean Salt Scrub dan cara mereka mempersembahkan produk tersebut.

Dengan bajet yang seminima mungkin, saya berjaya hasilkan 118 bekas dead sea mud mask dengan berat setiap bekas ialah 100g.

Mengikut perkiraan asal, sepatutnya saya dapat 130 bekas tapi mungkin ada yang tercelet celet dan tertumpah sana sini membuatkan saya kehilangan 12 bekas.

Saya ketepikan 100 bekas untuk dijual, selebihnya untuk kegunaan lain seperti kumpul testimoni dan kegunaan sendiri.

Semua tentang brand Gold Rose Naturals ialah baru. Facebook pagenya, IG Profile, Ads Account, Pixel etc semuanya baru.

Saya jalankan beberapa mini test sebelum lancarkan full ads campaign.

Kebanyakan pada fasa testing ni ialah untuk test harga produk dan mengenalpasti jenis konten apa yang boleh bagi kesan maksimum dan roi dari kempen traffic generation saya.

Strategi yang saya gunakan dalam mempromosikan produk ini ialah sama dengan strategi yang pernah saya kongsikan pada artikel sebelum ini.

Fasa 1: Traffic Generation

Dalam fasa ini, misi utama saya adalah untuk tarik targeted traffic dan mendidik mereka tentang lumpur laut mati.

Selepas buat sedikit research, saya siapkan 1 blog post yang panjangnya lebih kurang 500 patah perkataan.

Kemudian saya kitar semula blog post tersebut untuk di jadikan iklan dalam format canvas.

Untuk iklan traffic generation, saya gunakan dua jenis on brand content.

Satu blog post, 1 lagi adalah blog yang telah saya kitar semula menjadi bentuk canvas.

Saya gunakan FB dan IG feed sebagai placement untuk canvas dengan adset yang berbeza.

Untuk blog post pula, saya guna FB news feed dalam adset yang berbeza (mobile + desktop).

Jumlah yang di belanjakan pada traffic generation dan testing ialah RM679.72 dan berikut adalah iklan canvas dan salah satu advert untuk blog post dari kempen ni.

Daripada kempen traffic generation ni, saya dapati bahawa cost per click di IG adalah jauh lebih rendah.

Tetapi kos untuk dapatkan pelanggan lebih tinggi dari audience di Facebook.

Tindakan setiap orang berbeza terhadap jenis konten,  sebab itu kita kena kitar semula on brand content kita kepada beberapa jenis konten.

Ada yang suka tengok video, ada yg suka canvas, ada yg suka baca blog dan ada yang tidak. Lain orang, lain minatnya.

Tapi apa yang penting ialah, setiap maklumat dan mesej yang ingin disampaikan ke audience mestilah teratur dan tersusun rapi.

​Anda boleh rujuk artikel ini.

Jadikan OBC kita sebagai main content. Daripada situ, kita boleh potong dan ambil bullet points untuk jadikan post di FB atau IG.

Sebab itu kita kena labur masa untuk buat OBC yang betul-betul mendalam, berkualiti dan kalau boleh hasilkan content yang evergreen.

Takdalah kerja kita hari – hari nak kena buat content kan.

Seorang pakar seperti Bryan Harris setuju yang posting setiap hari hanyalah mitos.

Dalam pengiklanan digital yang sangat sesak sekarang ni, tujuan utama iklan kita ialah nak sampaikan mesej yang paling berkesan kepada audience supaya mereka betul-betul kenal dengan brand kita.

Fasa 2: Persuasion

Dalam fasa 2, saya nak bawa mereka ke fasa seterusnya dalam sales funnel iaitu dengan meyakinkan mereka tentang produk menggunakan testimoni dan review dari pengguna yang lain.

Ketika itu saya cuma ada 5 testimoni sahaja. Saya pilih 2 yang terbaik untuk diletakkan dalam konten persuasion.

Disinilah tempat dimana kita kongsikan kisah tentang bagaimana lumpur laut mati bawa perubahan kepada pengguna produk.

Saya ambil screenshot review pelanggan di FB kemudian letakkan pada iklan produk.

Pada awal ayat iklan, saya gunakan emoji 5 bintang kemudian highlight part penting dari testimoni pelanggan.

Penggunaan emoji dalam FB Ads boleh meningkatkan markah CTR kerana emojis are eyecatching tapi jangan berlebihan pulak.

Selepas audience klik, ia akan bawa mereka ke satu page yang menceritakan tentang perjalanan pelanggan dan bagaimana lumpur laut mati memberikan impak pada kulit mereka.

Total yang di belanjakan pada testing dan iklan pada fasa persuasion ialah RM169.24.

Gambar yang digunakan sangat simple dan direct to the point, berikut adalah antara salah satu iklan persuasion yang saya gunakan.

Fasa 3: Open Cart

Pada hari ke 5 selepas baca on brand content, saya akan retarget semula audience tadi dengan iklan open cart.

Mesej utama dalam fasa ni ialah untuk ingatkan audience yang produk ni akan sedut kekotoran yang berada jauh dalam kulit mereka macam vakum.

Saya juga ceritakan bagaimana perubahan ketara boleh dirasai selepas 15 minit sahaja walaupun untuk pemakaian kali pertama.

Nampak macam Hype dan overclaimed pula boleh dapat result dalam 15 minit, tapi It's Work.

Adik saya sapu lumpur ni pada lutut kawannya dalam bentuk bulat.

Apa yang jadi lepas 15 – 20 minit ialah kami nampak jelas ada tompok putih pada lutut kawan adik saya dengan tesktur kulit yang lebih lembut.

Masa ni la saya betul-betul percaya bahawa produk ni memang berkesan.

Oh ye, saya gunakan SenangPay dan OrderSini untuk terima pesanan dari pelanggan.

Pada fasa open cart, sebanyak RM150.62 telah di belanjakan pada testing dan iklan. Berikut adalah salah satu iklan dari fasa open cart.

Final Results

  • Total Spent = RM999.58
  • New fans = 213 FB page likes
  • IG Fans = 54 followers
  • Cost per fan = RM3.73
  • New sales = RM4018 (82 pelanggan)
  • CPA = RM12.19 per customer
  • ROI = 302%

Walaupun masa ni saya ada lagi beberapa hari sebelum pos laju tutup perkhidmatan untuk sementara waktu, saya terima banyak rungutan dari pelanggan yang mengatakan barang mereka tak sampai lagi.

Ada yang dah order 10 hari lepas, tapi barang tak sampai-sampai lagi.

Adakah saya panik? Of Course, dan saya memang tak reti macam mana nak handle perempuan yang tengah marah dan kecewa.

Kurangnya ilmu saya dalam mengurus bisnes produk fizikal yang memerlukan pos ni la membuatkan iklan ditutup lebih awal dari yang sepatutnya.

Kalau ada masa dan rezeki saya akan rebrand Gold Rose dengan nama dan packaging yang baru. 

Buat masa sekarang, semua laman untuk brand ni dah di tutup kecuali IG.

Beberapa perkara yang boleh ditambahbaik.

Fokus pada pembinaan content yang kukuh untuk canvas ad, rupa yang moden tanpa solid points adalah usaha yang sia – sia.

Nak convert blog 500 patah perkataan ke single canvas tidak mudah tetapi kajian yang mendalam dan kesabaran akan sangat membantu.

Kumpul lebih banyak testimoni dan laburkan pada influencer marketing, Ini adalah instant boost untuk brand anda.

Gambar yang influencer nak pos dekat IG mereka tu tak berapa penting sangat pun, majoriti followers awek dahi licin macam telur rebus ni semua lelaki je kahkah.

Misi utama kita ialah untuk guna dan letak gambar2 tu dekat profile atau FB page for social proof.

Apa pun bincang betul-betul dengan mereka supaya tak ada salah faham.

Jangan lupa untuk guna autoresponder dan email marketing untuk letupkan lagi jualan. 

Messenger Bot mcm manychat juga bagus dan sesuai untuk kempen produk sebegini.

Saya akan gunakan platform woocommerce, billplz dab plugins lainnya untuk setiap experiment pada masa akan datang supaya dapat automate sales process sebanyak yang boleh.

Itu sahaja dalam case study kali ini. Terima kasih sebab anda telah luangkan masa untuk membaca.

Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada orang ramai agar ilmu ni lebih bermanfaat.

NAK BELAJAR LEBIH MENDALAM?

Sebenarnya, saya ada sediakan satu video panduan bagaimana nak hasilkan traffic yang berkualiti dan tukarkan audience menjadi pelanggan.

Apa yang saya share dalam blog ini hanyalah 5% sahaja daripada keseluruhan konten yang anda akan belajar dalam Video Panduan FB Ads Game Plan.

Saya juga akan bongkarkan kesalahan no 1 ramai marketers selalu buat dalam pemasaran Facebook Ads mereka.

Jika anda masih baru pertama kali mendengar pasal Facebook Ads Game Plan ni, anda tak perlu risau.

Sebab saya akan kongsikan step by step tutorial videos, lengkap daripada A – Z untuk bina high converting sales funnel.

... mulai dari setup pixel, custom audience, conversions sampai la ke iklan terakhir.

Selepas anda tengok video panduan ini,

  • Anda akan kuasai bagaimana teknik untuk pasarkan produk anda pada the right audience dan shift mindset prospek kepada fasa jualan.
  • Anda akan belajar strategi bijak untuk educate dan bina relationship dengan audience melalui follow up dan retargeting yang strategik.
  • Anda akan tahu cara tested & proven strategy untuk convert prospek menjadi pelanggan supaya anda boleh hit target ROI anda.
  • Anda akan tahu bagaimana nak rinse and repeat untuk jana high quality traffic dan sales untuk jangka masa panjang.

Kalau anda seorang business owner atau peniaga online yang nak hasilkan leads dan sales dari Facebook secara konsisten dan berbaloi, maka program ni sesuai untuk anda.

Ianya direka khas untuk beginner dan intermediate FB marketers yang ingin capai results yang lebih baik.

> Klik sini untuk join dan letupkan sales anda bulan ni dengan Strategi Facbeook Ads Game Plan <

Jadi, ini peluang anda untuk belajar kukuhkan marketing game plan dan belajar bagaimana anda boleh gandakan peluang untuk sedut lebih ramai pelanggan,

... dan buat lebih banyak jualan serta defeat pesaing anda.

Jumpa anda di member area !

Ps: Artikel ini ditulis oleh rakan saya, Baem Ashrawi


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.
Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Comments Below

Sila Komen Di Sini