Dalam case study kali ini, saya akan kongsikan secara terperinci tentang strategi FB Ads yang saya guna untuk jual produk digital iaitu Ebook.

Ebook “Stack Targeting” adalah antara produk terawal yang saya jual pada tahun lepas.

Dalam ebook ini, saya kongsikan teknik targeting yang laser targeted untuk bantu FB Ads marketers hantar iklan mereka pada audience yang tepat.

Kempen ini telah berjalan selama 6 hari dengan bajet RM3 – RM5 / day dan telah jana 807% ROI.

Dengan erti kata lain, saya dapat pulangan RM8.07 sen pada setiap RM1 yang dibelanjakan pada FB Ads.


Objektif Kempen

Case study ini di ambil daripada experiment yang kedua.

Kempen yang pertama berjalan dengan baik tetapi menggunakan manual transfer, adoi penat nak approve payment satu-satu.

Objektif saya pada kali ini ialah nak lihat berapa ramai yang akan beli kalau saya guna Online Transfer sebagai kaedah pembayaran.

Fasa 1: Traffic Generation

Kempen ini sedikit berbeza kerana ia hanya menggunakan 2 fasa funnel, ini kerana faktor harga produk di mana ia dijual pada RM35.

Asas kempen dan execution strategy pula sama seperti apa yang saya gunakan dalam case study sebelum ini.

Pada fasa 1, saya gunakan On Brand Content yang bertajuk “Tips ‘Targeting’ Untuk Deliver Iklan Anda Pada Audience Yang Tepat”

Dalam content ni juga saya juga telah masukkan case study ringkas bagaimana strategi ni telah bantu kempen FB Ads saya yang lepas.

Saya gunakan mobile dan desktop placement dalam adset yang berbeza dengan bajet RM3 / day.

Audience targeting untuk kempen ni adalah 100% warm audience dari FB Page saya yang ketika itu ada dalam 500 likes or so.


Average Cost Per Click untuk mobile ads ialah RM0.48 manakala untuk desktop pula ialah RM0.79.

Di bahagian bawah OBC, saya letakkan button with CTA (softsell) supaya audience dapat klik dan baca lebih lanjut tentang ebook di sales page.

Total yang di belanjakan ialah RM33.75 dan pada fasa ini saya telah berjaya dapatkan 9 new customers.

8 dari desktop, 1 dari mobile. Logiknya ini kerana lebih mudah untuk download, baca dan simplan ebook selepas buat pembayaran.

Fasa 2: Open Cart

Pada fasa 2, saya telah hantar iklan open cart kepada warm audience yang dah baca on brand content tetapi masih belum beli ebook saya.

Di bawah adalah audience targeting yang saya set untuk kempen ni. Selepas audience klik pada iklan, mereka terus di bawa ke sales page saya.

Di bahagian bawah page, saya letakkan button with CTA (hardsell), lepas audience klik button tu mereka akan checkout melalui Online Transfer.

Selepas selesai checkout mereka akan di bawa ke laman thank you page. Saya setkan conversion kepada Purchase dengan value RM35.

Lepas customer dah hit page ni, pixel akan men"track" audience yang dah beli dan tunjukkan data di Ads Manager.

Jumlah yang saya belanjakan pada fasa Open Cart ialah RM27.94 dan iklan ni berjaya dapatkan saya 8 new customers.

Saya gunakan desktop feed, right column dan mobile dalam adset yang berbeza.

Sama macam di fasa Traffic Generation, majoriti telah buat bayaran melalui desktop.


Final Results

Jumlah yang saya telah belanjakan pada kempen ialah RM61.69.

Dari kempen traffic generation saya telah berjaya tarik sebanyak 58 yang baca OBC dari warm audience.

9 pelanggan beli directly semasa iklan Traffic Generation dan 7 lagi semasa retargeting di fasa Open Cart, kebanyakannya dari desktop news feed.

Setiap RM1 yang dibelanjakan pada iklan telah membawa pulangan RM8.07 sen.

Apa yang paling penting ialah saya dapat jawapan yang saya cari iaitu berapa ramai akan beli kalau saya guna autopilot checkout system.

Campaign Summary:

  • Total Spent = RM61.69
  • New Customers = 16 sales
  • Total Sales = RM560.00
  • CPA = RM3.86
  • ROI = 807%
  • Curiosity = Fed & satisfied


Beberapa perkara yang boleh ditambahbaik.

Gunakan warm audience sebagai permulaan iklan sangat baik kerana CTR tinggi dengan kos yang lebih rendah (if ad optimized correctly).

Tetapi jumlah audience yang kita boleh reach adalah terhad.

Jadi, sekiranya kempen anda dah mula buat duit dan dah ada data customer, mula iklan kan konten OBC pada audience yang baru.

Pada bahagian traffic generation, buat variasi untuk iklan OBC anda, sebab setiap orang akan bertindak balas dengan iklan yang berbeza.

Untuk autopilot checkout pula, saya sarankan anda gunakan custom sales page atau website yang boleh integrate dengan Woocommerce.

Kemudian guna Billplz atau SenangPay untuk collect bayaran dari pelanggan.

Itu sahaja untuk perkongsian kali ini, terima kasih kerana membaca. Jangan lupa share artikel ini supaya dapat memberi manfaat kepada orang lain.

NAK BELAJAR LEBIH MENDALAM?

Sebenarnya, saya ada sediakan satu video panduan bagaimana nak hasilkan traffic yang berkualiti dan tukarkan audience menjadi pelanggan.

Apa yang saya share dalam blog ini hanyalah 5% sahaja daripada keseluruhan konten yang anda akan belajar dalam Video Panduan FB Ads Game Plan.

Saya juga akan bongkarkan kesalahan no 1 ramai marketers selalu buat dalam pemasaran Facebook Ads mereka.

Jika anda masih baru pertama kali mendengar pasal Facebook Ads Game Plan ni, anda tak perlu risau.

Sebab saya akan kongsikan step by step tutorial videos, lengkap daripada A – Z untuk bina high converting sales funnel.

... mulai dari setup pixel, custom audience, conversions sampai la ke iklan terakhir.

Selepas anda tengok video panduan ini,

  • Anda akan kuasai bagaimana teknik untuk pasarkan produk anda pada the right audience dan shift mindset prospek kepada fasa jualan.
  • Anda akan belajar strategi bijak untuk educate dan bina relationship dengan audience melalui follow up dan retargeting yang strategik.
  • Anda akan tahu cara tested & proven strategy untuk convert prospek menjadi pelanggan supaya anda boleh hit target ROI anda.
  • Anda akan tahu bagaimana nak rinse and repeat untuk jana high quality traffic dan sales untuk jangka masa panjang.

Kalau anda seorang business owner atau peniaga online yang nak hasilkan leads dan sales dari Facebook secara konsisten dan berbaloi, maka program ni sesuai untuk anda.

Ianya direka khas untuk beginner dan intermediate FB marketers yang ingin capai results yang lebih baik.

> Klik sini untuk join dan letupkan sales anda bulan ni dengan Strategi Facbeook Ads Game Plan <

Jadi, ini peluang anda untuk belajar kukuhkan marketing game plan dan belajar bagaimana anda boleh gandakan peluang untuk sedut lebih ramai pelanggan,

... dan buat lebih banyak jualan serta defeat pesaing anda.

Jumpa anda di member area !

Ps: Artikel ini ditulis oleh rakan saya, Baem Ashrawi


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.
Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

Comments Below

Sila Komen Di Sini