Hari ni saya akan kongsikan 5 Strategi Facebook Ads yang boleh anda amalkan sekarang untuk tingkatkan jualan tanpa perlu laburkan kos yang tinggi pada iklan.

Bahkan, strategi ini telah membantu kami untuk hasilkan 300% hingga 1665% positif ROI!

Apa yang paling penting ialah anda hanya perlu faham strategi dan gameplan bagaimana nak hasilkan iklan Facebook Ads yang profitable.

Dalam blog post ni,

Saya akan bongkarkan step by step process bagaimana untuk hasilkan semua gameplan iklan dan strategi Facebook ads tu tadi.

Jadi, jom kita mula.

Sebenarnya anda tak perlu bajet marketing yang besar untuk jana ROI yang positif.

Apa yang perlu adalah Game Plan dan strategi yang kukuh.

Dalam screenshot kempen di atas, saya telah jana RM3,596 yang hanya mengeluarkan bajet sebanyak RM215.86 sen (1665% ROI).

Setiap RM1 yang dibelanjakan pada ads telah membawa pulangan sebanyak RM16.65 sen sahaja.

Sebelum saya kongsikan strategi ini, saya nak bagitahu satu perkara penting terlebih dulu.

Ni Adalah Cara 99% peniaga buat Fb ads

99% peniaga online buat FB Ads dengan menggunakan kaedah interruption marketing atau saya panggil teknik rambo.

Interruption marketing ni sebenarnya begini:

  1. Anda pilih produk yang anda nak jual.
  2. Anda setup audience, gambar dan copywriting.
  3. Anda lancarkan iklan tersebut.

Pernah buat kan?

Bukan anda je yang pernah buat macamni, dulu saya pun sama.

Masalah utama dengan kaedah diatas ni?

Facebook bukan website e-commerce macam Amazon, Ebay, Lazada atau Shopee.

Tujuan orang login ke Facebook sebab nak dapatkan perkembangan terkini dan berhubung dengan sahabat mereka.

Jarang sekali kita dengar orang login ke Facebook untuk membeli belah dan belanjakan wang.

Kaedah diatas dipanggil hard selling, memaksa dan melayan bakal pelanggan anda macam dompet bergerak.

Interruption marketing hanya akan menyebabkan anda dapat banyak pertanyaan malahan buat jualan yang sedikit.

Ini kerana audience anda berada dalam mindset untuk bersosial...

... dan bukan untuk membeli walaupun mereka ada minat dengan apa yang anda jual.

Jalan Penyelesaian?

Anda kena faham tentang social advertising supaya anda tahu bagaimana nak dekati audience yang belum kenal anda di Facebook

... dan tukar minat mereka untuk beli produk anda.

Kalau anda nak kekal untung dan terus berkembang, anda kena fokus pada brand building dan fahami the art of social advertising.

Di bawah ni saya akan terangkan 5 strategi Facebook Ads yang anda boleh guna dan praktikkan pada bisnes anda,

... supaya dapat hasilkan keuntungan yang berterusan.

Kalau anda nak mahir macam bomoh FB Ads, anda mesti kena kuasai 5 strategi ni. Serius.!


Strategi Facebook Ads 1: Content Marketing

Ada yang sebut content marketing, ada juga yang sebut On Brand Content (OBC).

Tak kira lah orang sebut apa.

Tapi yang paling penting apapun bisnes yang anda buat, kalau anda nak bisnes tu untung dan berkembang dengan pantas,

... maka mula buat content marketing / on brand content anda sekarang.

Gunakan content marketing untuk dekati cold audience iaitu orang yang tak tahu pasal produk / perkhidmatan anda,

... dan kenalkan brand anda pada mereka.

Anda boleh gunakan blog post, video ads, infographics atau artikel pendek pada Facebook page untuk buat on brand content ini.

Post content yang mengandungi informasi, nasihat, tips, tutorial atau panduan.

No selling, no promoting tapi 100% informasi yang bermanfaat dan maklumat berharga dalam post tu.

Yang penting konten tersebut ada kena mengena dengan produk yang anda jual.

Bila anda bagi maklumat berguna dan percuma pada audience, anda akan posisikan brand anda sebagai pakar industri.

Secara tidak langsung anda akan bina hubungan (engage) dan dapatkan kepercayaan mereka.

Menjual produk pada audience yang dah kenal dan percaya dengan brand anda lebih mudah,

... daripada menjual kepada orang yang tak kenal produk anda (Cold Audience).

Guna Facebook Ads dan invest pada content marketing untuk kenalkan brand anda.

Content marketing akan tarik audience yang betul – betul berminat dan relevant dengan produk anda sahaja.

Contoh: Andaikan sekarang saya nak jual 1 produk ni.

  • Produk: Shampoo untuk kucing bebas dari kutu dan kurangkan bulu gugur
  • Audience: Orang yang ada kucing dan betul-betul minat dengan kucing

Audience macam ni sebenarnya agak susah, sebab bila saya target iklan kepada audience yang ber-interest “CAT” dalam Facebook Ads,

... sebenarnya audience macam ni belum tentu pun membela KUCING kat rumah mereka.

Sebabnya cara Facebook kumpulkan audience interest bergantung kepada aktiviti mereka di Facebook.

Jika mereka suka tengok video kucing, share konten-konten pasal kucing,

... secara automatic robot AI Facebook akan kategorikan orang ni dalam audience yang berminat (interest) dengan “CAT”.

Padahal, belum tentu audience yang suka tengok video kucing mempunyai haiwan peliharaan kucing. Setuju?

Jadi, seandainya saya buat iklan hardsell terus dekat audience ni, kemungkinan besar iklan saya hanya dapat banyak like je.

Tapi bila saya buat on brand content tentang:

  • 5 Cara Mudah Untuk Kucing Anda Bebas Daripada Kutu
  • 6 Tips Penting Untuk Kurangkan Keguguran Bulu Kucing Anda.

Anda rasa siapa yang akan baca content ni?

  1. Adakah orang-orang yang punya kucing? Ya betul.
  2. Adakah kucing mereka banyak kutu dan bulu gugur? Ya betul!

Yang akan respond, klik dan baca content ni tentulah pemilik kucing yang sedang mengalami masalah tersebut kan?

Mereka ni la audience yang paling sesuai untuk saya jual Shampoo kutu kucing ni.

Contoh lain jika anda produk fashions, anda boleh buat konten seperti ini untuk attract potential audience anda.

Bila anda guna content marketing, Facebook page anda pun tak penuh dengan post menjual sahaja.

Bila anda banyak kongsi tips dan cadangan, jumlah likers anda juga akan meningkat dengan ketara.

Fungsi OBC dalam fasa traffic generation ialah untuk pastikan kita cuma tarik audience yang sesuai untuk produk masuk ke dalam sales funnel.

Kalau kita isi custom audience dengan orang yang berkenaan dengan produk, mestilah iklan retargeting kita meletop – letop dengan sales nanti.

Kaedah Untuk Hasilkan Konten Marketing

Untuk hasilkan konten marketing yang sesuai dengan bisnes anda tidaklah susah mana.

Ini antara beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan konten marketing.

Anda boleh pergi BuzzSumo.com kemudian taip keyword konten yang anda nak cari.

Anda boleh letak keyword seperti tips, panduan, bagaimana cara, kaedah, petua, tutorial dan sebagainya.

Kemudian, BuzzSumo akan menyenaraikan konten-konten yang relevan dengan keyword yang anda cari tadi.

Anda boleh urutkan pencarian berdasarkan jumlah engagement atau evergreen score.

Dalam kes ini, saya pilih evergreen score

Evergreen score bermaksud konten yang relevan sepanjang masa.

Lagi tinggi score, lagi relevan konten tersebut untuk janga masa yang panjang.

Dari situ, anda dapat lihat konten-konten yang pernah dihasilkan oleh orang lain di internet.

Selepas tu, apa yang perlu anda buat ialah:

  • Senaraikan konten-konten yang anda jumpa
  • Kaji kelebihan dan kekurangan setiap konten
  • Hasilkan konten yang lebih baik dari konten yang sedia ada

Untuk pembahasan yang lebih mendalam, anda boleh rujuk blog bagaimana nak hasilkan konten facebook ads viral disini.

Sekarang, selepas konten OBC anda dah siap, anda boleh ke fasa seterusnya iaitu IKLAN.

Tips Buat Iklan Untuk On Brand Content (OBC)

  1. Jalan iklan OBC dengan Objective Traffic
  2. Buat Custom Audience khas untuk yang dah baca konten OBC tadi
  3. Retarget Custom Audience tu dengan sequence iklan yang seterusnya. (kita akan bincang jap lagi)


Strategi Facebook Ads 2: Pixel Tracking

Sekarang OBC dah siap, iklan dah jalan. Seterusnya anda kene pasang Pixel dekat web anda.

Pixel ni ialah sebuah tracking yang digunakan untuk track conversions dan actions (klik) yang berlaku dalam website anda.

Dengan pixel, anda boleh tahu berapa ramai yang tengok konten anda, berapa banyak jualan yang terjadi dekat iklan anda dan lain lain.

a) Custom Audience 

Bila anda buat FB Ads untuk promote on brand content tadi,

... anda boleh simpan dan kategorikan audience yang dah baca content anda dalam Custom Audience.

“Apa custom audience ni sebenarnya?”

Macam ni, selepas anda dah jalankan iklan OBC tadi,

... tugas anda ialah kumpulkan audience yang dah baca OBC tadi dalam satu kumpulan audience.

Dalam Facebook Ads, ia dipanggil sebagai custom audience.

Custom Audience

Contoh, anda boleh kumpulkan audience yang dah baca blog OBC anda dalam 30 hari yang lepas.

Inilah audience yang dah mula kenal dengan anda, mereka ni ialah potential audience untuk bisnes anda.

Sebab apa?

Sebab mereka dah luangkan masa dan data internet untuk baca OBC anda tadi.

Kenapa mereka baca OBC anda?

Simple, sebab mereka nak cari solusi untuk masalah mereka.

Sekarang bila dah ada custom audience, apa yang patut anda buat seterusnya?

Anda buatlah iklan retargeting untuk kenalkan bisnes anda pula.

b) Retargeting

Pernah cuci mata dan tengok produk-produk di Shopee?

Selang beberapa minit online kat Facebook, tiba-tiba keluar iklan produk yang anda tengok kat shopee tadi? Pernah terkena?

Kalau pernah, bagus !

Macam magic bukan?

Saya nak bagitahu bahawa itulah iklan retargeting.

Anda akan rugi dan takkan dapat lihat hasil ROI dari campaign kalau anda tak buat retargeting ads.

Kenapa kene buat iklan retargeting ni?

Sebab closing rate iklan yang di paparkan kepada audience yang belum kenal dengan anda ialah 1-2% sahaja.

Baki 98% macam mana?

Yang ni lah tugas iklan retargeting untuk follow up dan kejar mereka sampai mereka TERBELI produk anda.

Perkara yang kita setup ni nanti akan bina relationship dan convert audience into sales on autopilot.

Proses ni berlaku selepas kita tapis audience di fasa traffic generation.

1. Buat Custom Audience khas untuk orang yang dah engage dengan OBC selama 4 dan 8 hari.

2. Kemudian buat 2 iklan, iaitu iklan A dan iklan B.

Pada bahagian targeting untuk iklan A, include custom audience "on brand content – 4 days".

Exclude custom audience "purchase" untuk kecualikan audience yang dah jadi pelanggan.

3. Targeting untuk iklan B pula, include custom audience "on brand content 8 days".

Exclude custom audience "OBC – 4 days" dan audience yang dah jadi "pelanggan".

Apa yang kita setup kat sini ialah:

  • Pada hari 0 - Audience baca On Brand Content anda
  • Pada hari 1 – 4 selepas audience baca On Brand Content (OBC), audience ini akan dapat iklan A.
  • Pada hari ke 5 – 8 pula, mereka akan dapat iklan B secara automatik.
  • Kalau dah jadi pelanggan, mereka akan dikecualikan dari nampak iklan anda.

Sama ada guna website atau tidak,

...kuasai teknik ni supaya anda boleh bina hubungan dan tukarkan prospek menjadi pelanggan secara autopilot.

Dengan retargeting, anda boleh lancarkan iklan khas untuk setiap Custom Audience yang anda dah buat tu tadi.

Banyak lagi manfaat dari iklan retargeting ini, contohnya :

  1. Retarget dan jual produk kepada custom audience.
  2. Ingatkan audience yang dah tengok produk anda tapi masih belum beli.
  3. Hantar tawaran kepada audience yang dah engage dengan content untuk collect email mereka.
  4. Upsell dan Cross sell produk anda yang lain kepada audience yang dah jadi pelanggan.
  5. Retargeting akan bantu anda dapat lebih banyak jualan dan gandakan conversion rate tanpa perlu reach audience yang baru.

Kos retargeting jauh lebih rendah dan mempunyai engagements yang tinggi.

Ini kerana anda cuma deliver iklan pada warm audience iaitu audience yang dah familiar dengan brand anda sahaja.

Selalunya, saya akan asingkan 15-20% daripada total bajet iklan untuk digunakan pada iklan retargeting.

c) Track Conversions

Dengan facebook pixel, anda boleh track conversions penting seperti leads, add to cart, dan purchase.

Contohnya anda buat 3 kempen iklan yang berlainan untuk promote produk di Facebook.

Pixel akan tunjukkan data penting untuk setiap iklan seperti:

  • Berapa ramai dah tengok iklan dan jadi leads.
  • Berapa banyak yang nak buat pembayaran (ATC = Add To Cart).
  • Berapa banyak jualan yang dah terjadi (Website Purchase).
  • Berapa kos setiap jualan berdasarkan bajet yang dibelanjakan.
  • Berapa banyak Jumlah jualan (RM).
  • Berapa nilai Return On Ads Spend (ROAS) untuk setiap iklan.

Dengan data penting seperti di atas, senanglah anda nak tau iklan mana yang memberikan pulangan yang positif dan yang mana tidak.

Dari data ni juga dapat memudahkan anda dalam membuat keputusan dalam fasa optimize dan scaling.


Strategi Facebook Ads 3: Choosing Placements

Selepas anda dah siapkan OBC, Targeting dan struktur funnel kempen anda tadi, seterusnya ialah pemilihan placement iklan.

Salah pilih placement ni ibarat macam salah pilih kawan. Malahan boleh rugi wang dan masa.

3 info tentang placement Facebook vs Instagram:

  1. 75% audience di Facebook berumur 25 tahun dan ke atas.
  2. Majoriti audience di Instagram ialah remaja yang berumur 25 tahun.
  3. Engagement rate dekat IG lagi tinggi dari FB tapi cost per customer lebih mahal.

Kenali audience anda. Guna Instagram hanya kalau ianya bersesuaian dengan target audience.

“Mana yang bagus? FB atau Instagram?”

Dua-duanya bagus, ia bergantung dimana audience anda kerap online.
Placements:

Traffic Generation – Guna Facebook dan Instagram news feed tapi buat dalam ad set yang berbeza.

Retargeting – Tambah placements yang lain – lain seperti instant articles, audience network dan messenger.

Ini sebab kenapa anda perlu buat FB dan IG feed sahaja semasa traffic generation.

Audience masih tak kenal anda dalam fasa ni, jadi elok kita muncul dekat tempat mereka tengah scroll untuk baca updates iaitu news feed.

Tambah placements yang lain (instant articles, etc) semasa retargeting kerana dalam fasa ni mereka dah familiar dengan brand anda.

Audience akan jadi sangat responsive dengan iklan kalau dah familiar dengan brand, malah kos conversion kita pun jadi rendah.

Jadi, munculkan iklan anda pada audience yang betul di tempat yang betul.

Strategi Facebook Ads 4: Lookalike Audience

Jika pada fasa-fasa awal beriklan anda:

  • sukar mendapatkan penjualan yang konsisten,
  • ramai yang tak berminat dengan produk yang anda jual,
  • tak punya targeting yang jelas kepada siapa iklan nak dipaparkan

Ini selalunya disebabkan anda tidak mempunyai audience.

Bila tak punya audience, anda akan jumpa pelbagai macam kerenah prospek yang kadang buat anda stress dan rasa malas nak layan.

Jika betul-betul serius untuk buat bisnes menggunakan Fb Ads,

Perkara pertama yang patut anda buat ialah laburkan kos iklan untuk membina audience dan lookalike audience.

Untuk anda yang tak tahu apa itu Lookalike audience,

... ialah sebuah fungsi yang mana Facebook akan mengumpulkan audience-audience yang mempunyai:

  • perangai yang sama
  • suka benda yang sama
  • minat yang sama

... seperti database audience yang anda punya.

lookalike audience fb

Credit: Social Media Ad Genius

Sebagai contoh, anda sekarang ada 1000 database pelanggan yang pernah membeli produk yang anda jual sebelum ini.

Dari database tu, anda boleh minta Facebook untuk carikan 200 ribu, 800 ribu atau 2.2 juta audience yang serupa dengan 1000 pelanggan yang anda punya tadi.

2.2 juta audience ni tadi ialah audience yang memang berkualiti, perangai mereka dan tingkah laku mereka sama dengan pelanggan anda sebelum ini.

Sebab tu, iklan yang dipaparkan kepada lookalike audience ini akan lebih mudah, lebih convert dan lebih senang untuk close sales.

Tapi, untuk sampai ke tahap itu bukanlah mudah.

Serius.

Bahkan perlu laburkan kos iklan yang banyak untuk dapatkan super quality lookalike audience.

Panduan untuk bina High Quality Lookalike Audience.

Di Facebook Ads, selalunya saya akan kategorikan audience kepada 3 kumpulan.

... Visitor, Leads dan Purchase

Visitor ni ialah audience yang pernah membaca konten OBC yang saya iklankan.

Leads pula, ialah audience yang pernah memberikan email mereka kepada saya.

Ingat, leads dekat sini bukan berarti email sahaja.

Anda boleh gunakan No Whatsapp atau Messenger sebagai leads, ia bergantung pada channel yang anda gunakan.

Purchase pula ialah audience yang pernah lakukan transaksi jual beli dengan anda (a.k.a Pelanggan)

Jika anda perasan, semakin ke kanan maka saiz kumpulan audience semakin mengecil.

Kerana setiap audience visitor, tidak semuanya akan bertukar menjadi leads.

... dan setiap audience leads, tidak semuanya akan bertukar menjadi purchase.

Itu fakta yang harus anda faham.

Jadi di bawah ni antara beberapa step yang boleh anda gunakan untuk membina Lookalike Audience.

Pada fasa pertama: Jalankan iklan OBC kepada Interest, Behavior atau Demographic yang sesuai dengan niche bisnes anda.

Tak tau nak cari interest FB Ads anda? sila rujuk blog post ini:

Tujuan daripada iklan phase 1 ini ialah untuk dapatkan seramai mungkin visitor yang membaca iklan OBC tu tadi.

Minimum 1000 visitor.

Lepas dah capai, anda masuk fasa ke 2

Pada fasa kedua: Jadikan 1000 visitor tu tadi kepada Lookalike audience 1 hingga 10%.

Dekat sini, Facebook akan berikan anda 200 ribu hingga 2.2 juta audience baru yang serupa dengan 1000 visitor tu tadi.

Lookalike audience visitor 1-10% ni tadilah yang akan diletakkan sebagai targeting iklan OBC anda seterusnya.

Tujuan dari fasa kedua ini pula ialah untuk dapatkan sekurang-kurangnya 500 leads.

Jika dah dapat, teruskan ke fasa selanjutnya.

Fasa ketiga: Jadikan 500 Leads ni tadi kepada lookalike audience 1-10%.

Dari data ni, Facebook akan berikan anda 200 ribu hingga 2.2 juta audience baru yang mirip dengan 500 leads tu tadi.

lookalike audience leads ni tadi pula akan dijadikan targeting untuk iklan OBC seterusnya.

Goal daripada fasa ini ialah untuk dapatkan sekurang-kurangnya 100 purchase iaitu orang-orang yang akan menjadi pelanggan anda.

Fasa keempat: Jika dah jumpa 100 purchase, kemudian tukarkan mereka menjadi lookalike audience 1-10% juga.

Lookalike audience ni pula yang akan dijadikan targeting iklan OBC
Disinilah bermulanya fasa dimana anda akan dapatkan audience yang

lebih mudah, lebih convert dan lebih senang untuk close sales.
Strategi ini memang akan ambik masa dan kos yang banyak.

Tapi percayalah, selepas anda dah capai ke fasa 4 ini, anda akan tersenyum lebar setiap kali membuat iklan di Facebook ads.

Strategi Facebook Ads 5: Email Marketing.

“Hah, Email? Masih ada ke orang nak baca Email sekarang ni?”

Ok ok ok, saya tahu mesti anda masih skeptikal dengan Email Marketing ni, betul?

Baiklah, baru-baru ni saya ada terjumpa post pasal Facebook Page “Social Media Examiner” yang punya likers lebih dari 300,000+ tiba-tiba hilang.

Fanspage yang dah dibina, dibelai, dijaga bertahun lesap oleh Facebook.

Apa hikmah yang boleh anda belajar disini?

Kita dan Facebook ni ibarat penyewa dengan pemilik rumah sewa.

Si pemilik rumah (a.k.a Facebook), boleh keluarkan kita dari rumah tu bila-bila masa sahaja. Sebabnya? Itu rumah dia.

Apa perasaan anda bila anda dah renovate rumah tu cantik-cantik, anda cat lagi bagi lawa, jaga rumah tu elok-elok.

Tup tup tup, Facebook suruh anda keluar sebab ada tuan rumah baru nak stay atau Facebook nak kosongkan rumah tu sebab dia nak duduk.

Sedih? Menangis?

Sekarang cuba bayangkan likers anda yang beribu-ribu tu hilang?

Audience list messenger anda beribu-ribu tu lenyap? ads account yang anda simpan tu kene flagged?

Macam mana nak contact audience anda semula? macam mana anda nak promot produk anda lagi?

Nak mula dari awal lagi? Mesti ambik masa lagi, keluar kos iklan lagi, betul kan?

Salah satu cara untuk anda dapat hubungi mereka semula ialah dengan membina database email followers dan pembeli bisnes anda.

Credit: Astro Awani

Ini belum lagi cerita tentang Facebook, Whatsapp dan Instagram down.

Untuk tahun ini sahaja, sudah ada 2 kali berita Facebook mengalami gangguan.

Kita pun tidak tahu, masa depan Facebook bagaimana.

Adakah boleh bertahan sehingga 2 tahun, 5 tahun atau 10 tahun lagi?

No one knows.

Oleh sebab itu, tambahkan email marketing sebagai 1 channel wajib bisnes anda mulai hari ini.

Ini kerana email marketing adalah antara kaedah yang paling lama digunakan dan masih ber”BISA” sampai sekarang.

Semua orang di Facebook dan apa-apa social media yang lain perlukan email untuk login.

Apa-apa pembelian ecommerce store mesti memerlukan email.

Urusan-urusan rasmi pun masih menggunakan email untuk mengirim pesan, bukan whatsapp atau messenger.

Email juga adalah antara marketer’s biggest assets.

Nak tahu sebab apa?

  1. Paling cepat untuk buat jualan
  2. Nilai ROI yang tinggi iaitu 3,900 ROI
  3. Strategi jangka masa panjang
  4. Bekerja secara autopilot

Gambar di bawah ni saya dapatkan dari Nailpetel yang menunjukkan perbandingan ROI dari pelbagai channel marketing,

... dan yang paling tinggi ialah ROI Email Marketing.

Bryan Harris dari Videofruit.com mempunyai lebih kurang 17,000 email dalam list sebelum beliau launch produk. Selepas 10 hari, beliau hasilkan $220,000


Bagaimana Nak Bina Database Email?

Tarik traffic guna content marketing (OBC) melalui Facebook Ads dan buat custom audience khas untuk audience yang baca content tersebut (visitor).

Kemudian buat retargeting ads dan ditujukan kepada visitor tu tadi .

Arahkan mereka landing page yang mengandungi lead magnet macam gambar diatas tu.

Contoh lead magnet:

  • Contest atau free giveaways
  • Free ebook atau video (guide, tips)
  • Coupon Discount
  • Free webinar & tutorial
  • etc

Langkah seterusnya lepas dah collect email? Set automation sequence.

Saya prefer guna Getresponse, tapi jika anda baru nak mula, saya sarankan guna Mailerlite, sebab ianya percuma untuk 1,000 subscribers pertama anda.

Lepas visitors anda subscribe, mereka akan terus dapat email pertama dan email seterusnya, bergantung pada berapa hari anda nak set.

Semua ni secara autopilot. Siapa yang nak buat duit sambil tidur tu, inilah jawapannya.

Contoh email sequence:

  1. Email 1 – Selamat datang
  2. Email 2 – Blog post (value)
  3. Email 3 – Blog post (case study/guide)
  4. Email 4 – Sales email (open cart)
  5. Email 5 – Blog post (tips/advice)
  6. Email 6 – Reminder dan 10% off
  7. Email 7 – Last call 10% off (24 hours left)

Dengan kaedah ini, salah satu kempen email marketing saya berjaya hasilkan conversion rate dari leads ke purchase iaitu sebanyak 35%.

Semuanya secara automatic.

Hanya perlu sekali tulis, dan system akan hantar email follow up jualan kepada leads.

Berapa banyak jualan yang anda akan buat melalui email bergantung kepada size list, quality dan bagaimana cara anda build relationship dengan subscribers anda.

Okay, Sekarang Giliran Anda Untuk Take Action!

Dalam blog ni, anda dah baca apa kesalahan no 1 yang 99% Facebook marketers buat,

... dan kenapa anda perlu Game Plan yang kukuh untuk business online anda.

Anda juga dah tahu bagaimana strategi Facebook Ads kami yang hasilkan ROI 1,665% !

Jangan baca sahaja, nanti information overload pula.

Apa yang anda perlu buat sekarang ialah buat game plan dan take action.

Untuk dapatkan jualan yang konsisten, jangan lupa untuk:

  1. Guna content marketing, stop guna teknik Rambo.
  2. Install pixel dan setup conversions.
  3. Bina custom audience dan retarget iklan.
  4. Bina High Quality Lookalike Audience
  5. Start bina asset dan email database untuk perniagaan anda.
  6. Tinggalkan comment anda dibawah untuk soalan dan share blog strategi facebook ads ni kepada rakan yang memerlukan.

Nak belajar lebih mendalam?

Disebabkan ramai yang berminat nak belajar pasal gameplan marketing untuk Facebook Ads ni.

Saya ada sediakan satu video panduan bagaimana nak hasilkan traffic yang berkualiti, 

...dan tukarkan audience menjadi pelanggan menggunakan Facebook Ads.

Apa yang saya share dalam blog ini hanyalah 10% sahaja daripada keseluruhan konten yang anda akan belajar dalam Video Panduan FB Ads Game Plan nanti.

Saya juga akan bongkarkan kesalahan no 1 ramai marketers selalu buat dalam pemasaran Facebook Ads mereka.

Jika anda masih baru pertama kali mendengar pasal Facebook Ads Game Plan ni, anda tak perlu risau.

Sebab saya akan kongsikan step by step tutorial videos, lengkap daripada A – Z untuk bina high converting Facebook Ads funnel.

... mulai dari setup pixel, custom audience, conversions sampai la ke iklan terakhir.

Selepas anda tengok video panduan ini,

  • Anda akan kuasai bagaimana teknik untuk pasarkan produk anda pada the right audience dan tukar mindset prospek kepada fasa jualan.
  • Anda akan belajar strategi bijak untuk educate dan bina relationship dengan audience melalui follow up dan retargeting yang strategik.
  • Anda akan tahu cara tested & proven strategy untuk convert prospek menjadi pelanggan supaya anda boleh hit target ROI anda.
  • Anda akan tahu bagaimana nak rinse and repeat untuk jana high quality traffic dan sales untuk jangka masa panjang.
  • dan banyak lagi..

Pelaburan ilmu yang beliau kongsikan ini sangat berbaloi,

... kerana anda boleh menggunakan konsep yang sama dalam strategi facebook ads anda nanti.

Berminat nak dapatkan Panduan Facebook Ads Gameplandengan harga ISTIMEWA?

Kalau anda seorang business owner atau peniaga online yang nak hasilkan leads dan sales dari Facebook secara konsisten dan berbaloi,

... maka program ni sesuai untuk anda.

Ianya direka khas untuk beginner dan intermediate FB marketers yang ingin capai results yang lebih baik.

Jadi, ini peluang anda untuk belajar kukuhkan marketing game plan dan belajar bagaimana anda boleh gandakan peluang untuk sedut lebih ramai pelanggan,

... dan buat lebih banyak jualan serta defeat pesaing anda.

Jumpa anda di member area !

Ps: Sila bertindak sebelum program ini di tutup pada bila-bila masa sahaja.

Ada apa-apa yang tak jelas? Tanyakan soalan anda dibawah ini.

(Artikel ini disediakan oleh tuan Baem Ashrawi dan ditambahbaik oleh TeknikPemasaran)

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.
Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.